Cara-Cara Buat Bawang Jeruk Homemade Guna Bawang Putih Biasa.

Share

Bawang putih jeruk bukan sahaja menaikkan selera bahkan menjadikan hidangan nasi kerabu lebih enak. Untuk menikmatinya pula, biasanya kita akan beli yang ready made dari Thailand tu. Tapi sebenarnya, puan-puan boleh je buat bawang jeruk homemade ni hanya guna bawang putih yang biasa kita guna dalam masakan tu. Menerusi perkongsian di blog CikManggis

, beliau berkongsi cara-cara buat jeruk guna bawang putih biasa.  Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
  • 1 cawan cuka
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)

CARA MEMASAK:

1.  Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.

2.  Masak hingga mendidih.

3.  Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.

4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.

5.  Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.

Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!

 

Kredit gambar & resipi sepenuhnya: blog cikmanggis ( http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.my/2010/11/jeruk-bawang-putih.html )

Published by
Nur