Cili jeruk adalah antara hidangan sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi, nasi atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap & tahan lama, boleh cuba resipi ni. Boleh buat makan sepanjang bulan puasa ni.
CILI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
Balang kaca – basuh & lap kering-kering
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka makan
CARA MEMBUAT:
1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.
2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.
Ads
3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.
4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang.
Ads
5. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.
6. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)
7. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.
Ads
8. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.
INFO RASA:
Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama.
Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan.
Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.
Orang Johor ni kalau makan goreng pisang ,karipap, popia dan lain-lain mesti lengkap dengan sambal kicapnya. Maka sambal kicap ni memang wajib ada di rumah, mudah nak menyicah nanti. Kalau mereka yang tidak biasa boleh cuba rasa. Boleh buat sendiri sambal kicap yang sedap ni.
Sambal budu ni memanglah “favourite” orang Kelantan. Tetapi kesedapannya turut menggamit citarasa warga negeri-negeri lain untuk turut menikmatinya. Dahlah kosnya murah, cepat aje buatnya.
Kalau bajet ketat tengah bulan, makan sambal budu dengan nasi panas pun sudah cukup menyelerakan dan memuaskan hati. Kenyang perut suka hati, jomlah cuba membuatnya.
SAMBAL BUDU
BAHAN-BAHAN :
4 sudu pati budu (admin guna warna merah yg kurang masin)
3 sudu air asam jawa ( bancuh pekat)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili api
2 biji limau kasturi
2 sudu gula
CARA MEMASAK
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, 2 sudu gula dan cili api sehingga lumat.
2. Masukkan pati budu dan air asam jawa dan perah air limau kasturi. Gaul sehingga sebati kesemua bahan2 tadi.
3. Sedia untuk dihidang.
Makan nasi lemak dengan kuah pekat dan warna gelap memang puas rasa. Boleh makan berulang kali. Buat sambal ni tak pakai bawang putih dan belacan. Resepi yang dikongsi ini buat banyak dan boleh disimpan sekali. Anggaran masa masak 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat. Jangan lupa, masak dengan api sederhana.
SAMBAL NASI LEMAK
Bahan kisar: 1 genggam lada kering 2 genggam lada besar merah 3 biji bawang merah besar, bawang kene banyak, manis rasa bawang penting 1 genggam ikan bilis Bahan ni semua dikisar Perasa Gula merah Garam Asam jawa
Cara membuat: 1.Dah blend, panaskan api, minyak banyak, kemudian masuk bahan kisar, gula merah, ni rahsia nak warna sambal gelap. Kena masuk gula awal. 2.Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 kali pecah minyak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!