Andai ke Langkawi, coklat Bounty Bar ni memang antara yang popular dan ramai orang cari. Anda teringin nak makan tapi susah nak ke sana? Nah…buat sendiri. Mudah je uols! Jom lihat resipi perkongsian saudari Lina Wahab ni.
BAHAN-BAHAN:
- Beryl’s Dark Chocolate
- Kelapa kering
- Susu pekat manis
( jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah kelapa yang digunakan.)
CARA MEMASAK:
1. Satukan kelapa kering bersama susu. Jumlah susu jangan terlalu banyak. Memadai supaya senang dikepal.
2. Setelah kelapa siap dikepal, susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Cairkan coklat masakan dalam microwave selama 30 minit dan kacau hingga cair.
4. Keluarkan bar kelapa yang disejukkan tadi dan celupkan dalam coklat cair.
5. Sejukkan sekali lagi dalam peti sejuk selama 15 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Lina Wahab
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Cheesy Balut Telur. Hidangan Ringkas Yang Mengenyangkan
Jika ada roti di dapur, boleh cuba buat Roti Cheesy Balut Telur ni untuk kudapan ringan anak-anak. Dari dibiarkan roti tu keras dan tamat tarikh luput, boleh cuba hidangan ringkas ini. Resipinya sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya sedap dan pasti kena dengan selera anak-anak. Malah orang dewasa juga pasti sukakan rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Har Ryea ini. Moga bermanfaat buat semua.
RESEPI ROTI CHEESY BALUT TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
2 keping roti
2 keping keju
Sedikit lada sulah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dengan sedikit lada sulah.
2. Panaskan kuali leper dan dadarkan telur yang dibancuh tadi.
3. Kemudian letakkan 2 keping keju di atas telur dadar.
4. Seterusnya letakkan pula kepingan roti di atas keju tadi.
5. Mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti dan kepingan keju.
6. Kemudian terbalikkan balutan telur untuk seketika.
7. Roti Cheesy Balut Telur telah siap dan boleh diangkat.
8. Potong dan nikmatinya sementara panas untuk rasa yang lebih enak.
Kredit resipi & foto: Har Ryea
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Cheesekut Paling Sedap. Cuba Yang Ni Tak Cari Lain Dah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Pulut Pisang @ Pulut Bangkok. Pulut Berintikan Pisang
Ni dia pencuci mulut yang sedap sungguh rasanya. Pisang dibalut pulut. Jom tengok resipi yang dikongsi Zulhaijah Mamat ni. Simple aje bahan ramuannya.
Warna tu boleh apa colour pun.
PULUT PISANG @ PULUT BANGKOK
.
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg beras pulut
- 6-7 biji pisang *empunya resipi suka guna pisang nangka
- Santan cair secukupnya
- Kelapa parut muda
- 1cawan gula *boleh dikurangkan tengok byk mana kelapa parut..
- Secubit garam
- Plastik @ daun pisang | untuk balut , tali
- Pewarna Hijau
CARA MEMASAK :..
1. Pulut cuci dan rendam, bubuh pewarna hijau. Biarkan sejam dua.
2. Kukus pulut,letak santan cair. Biar nampak tenggelam pulut, masukkan secubit garam dan kukus sampai masak.
3. Pisang kukus sekejap sampai separuh masak sahaja.
4. Bila pulut hampir sejuk, mula lah gulungkan pisang dalam pulut. Diikuti proses membalut dan membungkus. Gunakan kreativiti sendiri.
.
.
5. Kukus balik sekejap utk memantapkn pulut..
6. Biar sejuk baru boleh dipotong.
7. Gula dimasak dgn hanya sedikit air..campur secubit garam..
8. Bila gula hancur..angkat dan gaulkan dgn kelapa parut..
9. Gaulkan kelapa parut dgn pulut pisang yg dipotong tadi..
kredit: zulhaijah mamat
FB : Resepi Hangat
Aneka Resipi Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
Kek Batik adalah antara manisan yang paling mudah nak dihasilkan. Menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah ia juga tidak memerlukan ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang. Nak cuba resipi Kek Batik yang sedap untuk keluarga? Aneka resipi Kek Batik dibawah ini boleh anda cuba. Pasti puas hati.
RESIPI KEK BATIK SEDAP & MUDAH
1. KEK BATIK BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm serbuk milo
- 250gm mentega
- 3 sudu makan serbuk koko
- 1 tin susu pekat manis
- Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat
CARA MEMASAK:
- Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak.
- Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
- Setelah sebati masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan.
- Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
- Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.
2. KEK BATIK MARIE TOPPING CHOC GANACHE
BAHAN A:
- 2 bungkus biskut Marie (300g)
- 250gm buttercup
- 1 tin susu pekat manis
- 1 cawan air masak
- 6 sudu makan serbuk koko
- 14 sudu makan milo
- 2 biji telur
BAHAN TOPPING:
- 1 cawan Whipping cream Anchor UHT
- 100gm Choc compound
- 100gm dark chocolate
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Cairkan buttercup hingga separa cair. Tutup api.
- Masukkan milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau sampai sebati.
- Buka kembali api dan masukkan susu pekat dna air secara berselang seli. Maska hingga dunan likat. Padamkan api.
- Masukkan biskut marie dan kaup balikkan hingga rata.
- Tuang biskut marie dalam loyang saiz 10 inci. Pastikan loyang dilapik dengan plastik dan lebihkan kiri dan kanan supaya senang ditarik keluar.
- Tekan adunan biskut marie hingga rata. Sejukkan,
- Untuk membuat topping, panaskan whipping cream menggunakan kaedah double-boiler. Kacau hingga suam.
- Kemudian masukkan coklat. Kacau hingga sekata dan coklat cair.
- Seterusnya masukkan mentega dan kacau lagi. Padam api dan angkat. Sejukkan selama 30 minit.
- Tuang adunan coklat ke atas kek batik tadi. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Suliza Sadzali
3. KEK BATIK TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 250gm buttercup
- 2 paket biskut marie
- 3 cawan milo
- 1 cawan serbuk koko
- 1 tin susu pekat
- 1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali,dengan api sederhana. Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat.
2. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati.
3. Masukkan biskut marie dan kacau sebati anggaran dalam 5-7minit.
4. Lapik plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan nanti.
5. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan padatkan.
6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Kredit resipi & foto: Natrah Syafiqah
4. RESIPI KEK BATIK BADAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket biskut Marie – patahkan 2@4
- 2 cawan milo *
- 2 sudu makan serbuk koko *
- 1 cawan mentega atau marjerin*
- 3/4 cawan susu pekat manis *
- 1/ 2 cawan air panas*
- 2 biji telur
- Badam keping – disangai
CARA MEMASAK:
- Sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan plastik. .Ketepikan.
- Satukan semua bahan yang bertanda (*). Masukkan dalam kuali dan masak guna api sederhana perlahan. Kacau sentiasa hingga sebati dan mendidih.
- Masukkan telur. Kacau lagi hingga sebati. Bila dah mendidih, masukkan biskut marie dan kacau dalam 2- 3 minit supaya sebati.
- Padamkan api dan masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan dengan senduk supaya padat dan rata.
- Tabur badam dan biarkan sedikit suam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
5. KEK BATIK 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket biskut marie
- 1/2 buku buttercup
- 3/4 tin susu pekat manis coklat
CARA MEMASAK:
- Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat coklat. Kacau sebati.
- Masukkan biskut. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Padamkan api.
- Masukkan biskut ke dalam bekas dan tekan hingga padat. Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya mengeras. Jika suka kek abtik lembut, tak perlu simpan dalam peti sejuk.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tuan Adrianna Arissa
6. KEK BATIK BISKUT JEJARI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 tin susu pekat manis
- 2 cawan milo
- 250gm mentega
- 2 bungkus biskut jejari
- Almond nib secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dan masukkan susu pekat manis.
- Seterusnya masukkan milo. Kacau sebati hingga semua bahan cair dan pekat.
- Lapik plastik pada loyang dan susu biskut jejari didasarnya.
- Tuang 1 senduk coklat. Ratakan dan susu kembali biskut jejari diikuti lapisan coklat. Ulang hingga habis.
- Akhir sekali, tabur almond nib jika suka.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
7. KEK BATIK CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 1/2 cawan milo
- 3 sudu makan serbuk koko
- 1 paket biskut meri
BAHAN KRIM KEJU:
- 500gm cream cheese ( krim keju)
- 1 cawan gula aising
- 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dan masukkan susu pekat. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan serbuk koko dan milo. Kacau hingga sekata.
- Masukkan biskut yang telah dipatahkan. Gaul hingga bersalut sempurna.
- Tuang biskut ke dalam loyang bersaiz 10×10 yang telah dialas dengan plastik. Ketepikan.
- Untuk membuat krim keju, satukan kri keju, gula aising, telur dan tepung gandum. Adun hingga sebati dan tak berketul.
- Tuang adunan keju ke atas kek batik. Ratakan.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noorfazidatulhani Binti A Ghani
8. KEK BATIK CREAM CRACKER
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 ½ cawan milo
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 sudu makan serbuk white coffee/coffee mate atau indo coffee
- Biskut cream creaker ( nbiskut lemak) secukupnya – 4 segi
CARA MEMASAK:
- Alas loyang dengan plastik. Ketepikan.
- Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api kecil. Dah cair secukupnya, padamkan api.
- Masukkan susu pekat manis. Kacau rata.
- Kemudian masukkan milo dan serbuk white coffee. Kacau sebati hingga tidak berketul.
- Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan hingga menutup permukaan.
- Kemudian susun biskut dalam loyang. Tekan-tekan sedikit supaya rata.
- Tuang lagi adunan coklat dan ratakan. Ulang langkah hingga adunan habis.
- Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Farhana Yusoff
9. KEK BATIK HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 125gm mentega tanpa garam
- 3/4 cawan susu pekat manis – lebihkan jika suka manis
- 2 cawan Horlick
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanilla
- Sedikit pewarna hijau
- 1 paket biskut marie
CARA MEMASAK:
- Adun telur, susu pekat manis dan mentega hingga sebati.
- Kemudian masukkan susu pekat manis, Horlick dan tepung gandum. Adun lagi hingga adunan tidak berketul.
- Tambahkan esen vanilla dan pewarna hijau dengan secukupnya.
- Masak adunan dalam kuali hingga hampir pekat dan masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan. Gaul rata.
- Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekan supaya mampat.
- Sejukkan kek dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mimie Suhaimi Hussain