Andai ke Langkawi, coklat Bounty Bar ni memang antara yang popular dan ramai orang cari. Anda teringin nak makan tapi susah nak ke sana? Nah…buat sendiri. Mudah je uols! Jom lihat resipi perkongsian saudari Lina Wahab ni.
BAHAN-BAHAN:
- Beryl’s Dark Chocolate
- Kelapa kering
- Susu pekat manis
( jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah kelapa yang digunakan.)
CARA MEMASAK:
1. Satukan kelapa kering bersama susu. Jumlah susu jangan terlalu banyak. Memadai supaya senang dikepal.
2. Setelah kelapa siap dikepal, susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Cairkan coklat masakan dalam microwave selama 30 minit dan kacau hingga cair.
4. Keluarkan bar kelapa yang disejukkan tadi dan celupkan dalam coklat cair.
5. Sejukkan sekali lagi dalam peti sejuk selama 15 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Lina Wahab
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teknik Buat Rempeyek Sedap Rangup….Ada Rahsianya.
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap.
Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Ini Bahan-Bahan Campurannya:
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
1. Cara Bancuh Adunan:
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
.
2. Jenis Isian:
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
3. Campuran Tepung Digunakan:
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubi atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
4. Jumlah Isian:
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
5. Cara Memasukkan Isian:
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
6. Cara Tuang Adunan:
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
7. Cara Menggoreng:
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng.
Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Disaji Pada Tetamu.
Enaknya Agar-Agar Gula Merah, Nikmat Dimakan Ketika Sejuk
Ada yang teringin makan makanan yang manis-manis? Enak juga kalau dapat makan agar-agar gula merah. Lebih sedap jika dimakan sejuk, nikmatnya terasa di tekak. Mudah sahaja cara penyediaan agar-agar ini, ikut sahaja resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini.
RESIPI AGAR-AGAR GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 18gm agar-agar tali
- Daun pandan
- 1 biji telur
- 1 cawan gula merah
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 kotak kecil santan
- 5 cawan air
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak air dan agar agar hingga larut. Simpulkan daun pandan sekali.
2. Masukkan gula merah.
3. Masukkan gula pasir. Kacau hingga semua hancur.
4. Sementara itu, satukan santan, telur dan garam. Kacau sebati.
5. Dah hancur gula tadi, tutup api dan tapis.
6. Masuk semula gula tadi ke dalam periuk dan masak lagi.
7. Selepas itu, masukkan santan yang sudah dikacau sebati sebentar tadi.
8. Sentiasa kacau supaya santan tidak bergentel. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk dituang ke dalam loyang.
9. Tips, basahkan loyang terlebih dahulu supaya mudah untuk diterbalikkan. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.
10. Selepas keluar dari peti, sisipkan sedikit bahagian tepinya. Kemudian terbalikkan.
11. Siap dipotong! Wangi. Cukup manis lemak rasanya.
Jika anda mencari barangan rumah, boleh cari DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: MIZAH NGATIMAN
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Korang Wajib Cuba 3 Kuih tradisional Pahang Ni, Sedap Sangat !
Bagi orang-orang Pahang, ini ada tiga kuih tradisional yang yang masih dicari dan diingati kerana keenakannya dan cukup sinonim setiap kali Ramadan zaman dulu-dulu. Kuih-kuihnya adalah, Dodol Kukus, Badak Kubang dn Kuih Telipok. Tiga kuih ini sangat sennang, hanya menggunakan tiga bahan utama, tepung pulut,santan dan gula. Bagaikan terasa-rasa lemak manisnya di lidah.
DODOL KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung pulut hitam
- 250gm tepung pulut putih
- 200gm gula halus
- Tahi minyak secukupnya
- 5ml minyak masak
- Daun pisang | sebagai alas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
- Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
- Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
- Sediakan loyang dan sapukan minyak.
- Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
- Kukus sehingga masak.
- Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.
KUIH BADAK KUBANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut putih
- 2 cawan tepung pulut hitam
- Gula Melaka | potong dadu kecil
- Sedikit air
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KUAH PUTIH:
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.
2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
5. Kukus lebih kurang 10 minit.
6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata
7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
KUIH TELIPOK
BAHAN-BAHAN:
BUNGA TELIPUK:
- 300gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
- Daun pisang
BAHAN KUAH HIJAU:
- 50 gm tepung gandum
- 10 sudu makan gula pasir
- 750ml santan
- 8 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
- Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
- Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
- Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
- Kemudian tapiskannya.
- Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
- Kukus lebih kurang 20 minit.
- Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.