Cara-Cara Buat Daging Pekasam Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Share

Jika tiada selera, daging pekasam ni boleh membangkitkan selera makan anda. Bagi yang selalu beli hidangan ini, kini anda boleh hasilkan sendiri. Mudah je. Jom cuba

Alhamdulillah menjadi juga daging pekasam nih. Nak beli mahal sangat. Jadi kita wat sendiri. Sape yang suka boleh la try. Terima kasih saudara mara di Langkawi yang memberi resepi ni tempoh hari.

BAHAN-BAHAN:

  • Daging lembu ( apa sahaja jenis kesukaan)
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Beberapa keping asam gelugur
  • Segenggam nasi
  • Air basuhan beras ( basuhan kali 2/3) secukupnya

CARA-CARA:

1. Daging lembu dicuci bersih-bersih.

2. Gaulkan dengan garam dan sedikit gula.

3. Masukkan ke dalam balang bersama bberapa keping asam gelugur dan segenggam nasi.Perap semalaman.

4. Keesokannya masukkan air basuhan beras kali ke 2/3. Simpan dalam peti sejuk. Jika nak simpan di luar peti sejuk pun boleh. Rasanya akan menjadi lebih masam dan sedap.

5. Tunggu selama 3-4 hari barulah sedia digoreng.

6. Nikmati bersama nasi panas.

Kredit resipi & foto: Adinda Umie Sue

Published by
Nur