Masa durian masih ada musim ni, bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe ni. Makan sejuk-sejuk memang layan. Guna resipi yang sama juga, anda boleh hasilkan Mille Crepe. Tak perlu susah-susah guna 4-5 jenis tepung. Hanya pakai tepung gandum sahaja. Hasilnya sama macam yang dijual. Lembut dan nipis. Jom cuba! Anda pasti suka.
DURIAN @ MILLE CREPE
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dan kisar lebih kurang 5 minit.
2. Kemudian biarkan adunan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih pada adunan hilang.
3. Panaskan kuali tak lekat ( non-stick pan) dan oles sedikit minyak menggunakan tisu.
4. Tuang satu senduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kualiu hingga dapat bentuk bulat. Pastikan betul-betul nipis. Jika tidak crepe tidak menjadi sebaliknya jadi lempeng durian.
5. Semasa masak crepe, pastikan guna api kecil. Jika guna api besar, crepe akan ada lubang-lubang halus.
6. Bahagian atas crepe / yang tak kena api akan menjadi bahagian luar kulit. Crepe ini juga tidak perlu diterbalikkan sewaktu dimasak. Anggaran masak crepe ini adalah selama 2 minit.
7. Buat hingga adunan habis.
BAHAN INTI:
CARA-CARA:
1. Gaul isi durian dengan susu. Tiada sukata Kalau suka manis, boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati. Durian ni akan jadi macam paste/jem.
2. Pukul krim putar yang sejuk sampai gebu. Kemudian sudukan krim secukupnya diatas crepe.
3. Tambah isi durian. Bungkus cantik-cantik macam balut popia.
4. Sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga lapiskan untuk dijadikan Mille Crepe.
Kredit resipi & foto: Murni Rahmat