Pernah cuba makan ikan lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Kalau orang pantai timur, ikan lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahannya.
IKAN LENGAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak
CARA MEMASAK:
Ads
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
Ads
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
Ads
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.
Bebola ikan bukan hanya dijadikan pelengkap dalam masakan malahan enak juga bila dibuat sup. Bila mulut terasa ingin menikmati sup, maka sup bebola ikan antara yang mudah disediakan. Biasanya kita membeli bebola ikan di kedai, apa kata membuatnya dengan cita rasa sendiri.
BAHAN BEBOLA IKAN:
1 kg ikan tenggiri | dicincang
1 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh garam
BAHAN LAIN:
Air berais secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul isi ikan yang dicincang bersama garam, gula dan serbuk lada putih. Ulikan sebati.
2. Ambil adunan, bulat-bulatkan dan sejukkan seketika. Pada masa yang sama, didihkan air untuk merebus.
3. Bulatkan adunan isi ikan dan rebus dengan air sederhana panas.
4. Angkat dan rendam dalam air sejuk berais seketika. Toskan dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
5. Air rebusan bebola ikan boleh digunakan untuk memasak sup dan sebagainya.
Nota: Bebola ikan yang dihasilkan boleh dimakan begitu sahaja dan tidak sekenyal yang dijual di pasaran.
Tak lama lagi nak berpuasa, mungkin ada di antara anda yang sedang mengganti puasa. Lauk simple seperti Kentang berlado dengan ikan bilis memang ‘berhantu’ bila makan. Selain itu lauk begini bila makan semasa hujan pasti menambah nanti. Bolehlah hidang untuk sekeluarga makan.
Kentang Berlado Dengan Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili api merah*
Cili api hijau*
Limau kasturi (Option)
Garam, gula, ajinomoto
Cara memasak:
1.Kentang potong bulat-bulat tak nipis tak tebal sangat (goreng sampai masak)
2.Goreng ikan bilis.
3.Blend kasar semua bahan-bahan yang bertanda*
4.Kemudian tumis sampai garing. Masukkan garam, gula sikit je, ajinomoto, perah asam limau. Sesiapa tak suka limau, tak payah la letak. Saya suka sebab nanti aromanya wangi.
5.Bila Sambal dah garing, boleh la masukkan kentang dengan ikan bilis yang kita dah siap goreng awal tadi.
Ikan Tumis Kari Masak Kicap, buat menu ni pasti selera bertambah. Nak buat atau masak hidangan ini pun tak susah.
Bukan sahaja orang dewasa suka, malah sesuai juga untuk hidangan anak-anak. kalau nak pedas sikit boleh tambah cili padi dalam hidangan.
Kalau dah buntu nak masak lauk apa, hidangan ini boleh dijadikan pilihan untuk lauk makan siang dan juga malam.
Ikan Tumis Kari Masak Kicap
Bahan-bahan:
10 ekor ikan sardin
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
2 sudu makan serbuk kari
2 tangkai daun kari
1 biji tomato
1 biji kentang
½ bawang holland dihiris
3 sudu sos tiram
½ cawan kicap manis
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Goreng ikan dan kentang dahulu kemudian ketepikan, sementara tu kita mula tumis bahan lain.
Panaskan minyak, guna sedikit lebihan goreng ikan tadi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai naik bau wangi.
Kemudian masukkan serbuk kari, kacau sebati
Masa ni bau wangi tumisan serbuk kari pasti naik sampai rumah atas.
Masukkan sos tiram, kacau sebati
Masukkan kicap manis, kacau lagi.
Masukkan sedikit saja air (¼ atau ½ cawan) untuk mengurangkan kepekatan kicap. Tak perlu perasakan dengan garam lagi kerana kicap manis tu dah seimbang rasa.
Masukkan ikan goreng dan kentang goreng. Pelan-pelan kacau supaya kuah bersalut dan meresap dalam ikan.
Akhir sekali, campak masuk potongan tomato dan hirisan bawang holland. Kacau kilas seminit dua dah boleh ditutupkan apinya