Jom cuba buat Ikan Pekasamhomemade! Menu ni sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila tiada selera, lauk pekasam ini biasanya mampu membuatkan kita makan dengan penuh semangat. Ramai beranggapan, ikan pekasam ni susah untuk dihasilkan. Tapi mudah sahaja cara pembuatannya. Menerusi perkongsian saudari Aniey Rohani Abu Iban, beliau mengajar cara-cara penghasilan Pekasam Ikan Gelama yang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI IKAN PEKASAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai
½ cawan garam halus
Beras secukupnya
Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras
2-3 keping asam gelugur
CARA MEMBUAT:
1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.
Ads
2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.
3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.
4. Tumbuk beras yang disangai tadi. Boleh juga guna pengisar kering.
5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada dapat rasa tekstur rangup.
Ads
6. Ikan yang diperap semalaman, dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garamhalus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.
7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.
8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.
Ads
9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digoreng.
INFO RASA: Selain ikan gelama, anda juga boleh menggunakan ikan-ikan air tawar yang lain.
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak Percaya kena cuba.
IKAN KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN SELAR SAMBAL CILI GARING
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan tutup api.
Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih titik
2 biji cili merah
8 biji cili padi
Sedikit gula
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
Tumis hingga wangi dan layu.
Masukkan ikan masin. Kacau rata.
Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat pun senang ja.
Bahan-bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang merah (pilih ulas yang halus)
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis.
Cara memasak:
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam kemudian goreng.jangan garing sangat.
2.Ambik periuk letak sikit minyak, bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang merah dan putih
4.Masuk 1/2 cawan air.
5.Masuk cuka,garam, gula
6. Masukkan cili padi
7.Biar sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidang.