Setelah sakan beraya dan makan macam-macam, pasti ramai yang mengalami masalah penambahan berat badan, badan rasa berangin, perut sebu dan sebagainya. Bagi yang nak atasi masalah ni secara sihat, boleh cuba buat jamu kempis perut ni. Tidak menggunakan bahan kimia dan hanya bahan semulajadi sahaja digunakan. Selamat mencuba!
JAMU KEMPIS PERUT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN ( hasil 345 biji):
- 8 ulas bawang putih
- 5-6cm halia
- 1/2 sudu makan lada hitam
- 6 sudu makan halba
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk semua bahan hingga agak-agak hancur kemudian kisar tanpa air.
2. Kemudian bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Biarkan jamu kering dan simpan dalam peti sejuk.
3. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
4. Jamu ini boleh membuang angin dalam badan, mengempiskan perut dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
Kredit resipi & foto: Masz Rita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Jenis Biji Kopi Popular Penggemar Patut Ambil Tahu. Barulah Kaw-Kaw…
Isi Kandungan
ToggleBiji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih menghargai nikmat kopi.
Perasan tak kadang-kadang kopi tu tidak memberi kenikmatan rasa yang tidak seperti anda harapkan, itu mungkin anda sebenarnya ‘mengidamkan’ kopi spesis yang lain.
Meh, min tunjukkan 5 spesis kopi popular dan profilnya. Jadi bila anda ke pasaraya nanti ,dah tahu jenis kopi yang ingin dibeli dan sesuai dengan citarasa anda.
1. ARABIKA
Jenis biji kopi ini menguasai lebih 60 peratus keluaran kopi dunia. Pohon arabica ini rendng dan tidak melebihi enam meter tinggi dan mudah dituai. Kopi jenis ini biasanya berasal dari Brasil atau Etopia.Biji kopi Arabika adalah paling asidik berbanding jenis lain dan ia biasanya dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu ‘terang’ warna biji kopinya.
Biji kopi arabika juga memiliki bentuk yang lebih ‘membujur’/oval dibandingkan biji kopi jenis robusta. Arabika sangat digemari ramai, kandungan kafeinnya juga lebih rendah berbanding jenis lain, tetapi harus diakui rasa dan aromanya lebih nikmat. Sudah pastilah ia lebih mahal daripada robusta. Arabika adalah kopi yang paling mendapat ‘recommendation’ dan penilaian terbaik daripada pengkaji kopi.
2.ROBUSTA
Kopi robusta dapat tumbuh di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk penanaman kopi arabika namun lokasi yang paling baik adalah pada ketinggian tanah 400-800 meter dari aras laut dan saiz pokoknya lebih besar. Kopi robusta menjangkaui hampir 30% pasaran kopi dunia.
Hampir sama rupa dengan kopi Arabika, tapi ukuran biji kopinya lebih berbentuk membulat, memiliki kadar kafein yang lebih tinggi dan aroma kurang harum. Ia kurang asidik dan lebih ‘terangkat’ dibancuh dengan gula dan susu. Kandungan kafeinnya lebih tinggi menjadikan kopi robusta pilihan terbaik untuk campuran espreso dan kopi o ais ‘americano’.
3. LIBERIKA
Jika anda memilih kopi jenis ini, bererti anda telah memilih jenis kopi yang berasal dari Afrika, tepatnya dari Liberia, Afrika Barat. Tumbuhan kopi jenis ini dapat tumbuh hingga 9 meter tingginya
Di Asia Tenggara liberika diperkenalkan hasil pengeluarannya oleh Amerika Syarikat di Filipina. Hingga Filipina menjadi pembekal kopi liberika terbesar , banyak negara di dunia masih menggunakan campuran kopi Filipina dan liberika.
Rasanya seakan rasa bunga, buah-buahan dan aroma salai. Menambahkan 10 peratus daripada kopi liberika ke dalam sebarang campuran kopi akan menyebabkan rasanya menjadi lebih sedap dan baik lagi.
4. KOPI LUWAK
Sebelum anda memilih kopi ini, ketahuilah bahwa kopi luwak berasal dari biji kopi arabika atau robusta yang dimakan oleh haiwan luwak atau sejenis spesis musang.
Musang ini akan menelan buah kopi yang sudah berwarna merah lalu memprosesnya dengan enzim yang berada di dalam perutnya. Tahap berikutnya adalah biji dari buah kopi itu akan keluar bersama najisnya.
Mengapa kopi ini menjadi istimewa sehingga kerap menjadi kegemaran saat memilih kopi? Ini kerana musang ini sebenarnya hanya mencari buah kopi yang sudah 90% matang.Ia menggunakan daya baunya yang tajam dan selalu mencarinya di malam hari. Boleh dikatakan kopi diambil oleh musang ini mempunyai nilai kematangan tertinggi yang berpengaruh pada ketika kopi dihidangkan. Kopi ini adalah yang paling mahal di dunia.
5. EXCELSA
Pengeluaran kopi excelsa adalah sejumlah 7 peratus dari pengeluaran kopi dunia. Ia biasanya tumbuh di Asia Tenggara. Meminumnya menyebabkan deria rasa pada lidah terasa melekat lama dengan rasa buah-buahan tapi dengan rasa kopi hitam.
Rasanya memang unik dan rasa yang amat menarik deria rasa. Tetapi biasanya penggemar kopi akan memasukkan dalam campuran jenis kopi lain.
Jadi mana satu yang lebih menarik citarasa anda. Cubalah variasi kopi yang ada ni. Mana tau mungkin anda akan lebih tertarik dengan jenis kopi yang lain pula.
Boba Kampung Ni Boleh Dimakan Panas & Ditambah Ais Pun Sedap
Selepas menikmati juadah tengah hari, apa menu pemanis mulut yang ingin sekali dirasai. Dah bosan dengan kuih muih, boleh cuba buat boba kampung ni,pemanis mulut dari negara Thai. Siap sedia dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais pun sedap. Nikmatnya, jomlah cuba
‘BOBA KAMPUNG’ RESIPI THAI DESSERT
Bahan untuk boba:
1 cawan tepung ubi kayu
Air panas mendidih
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Pewarna
Bahan-bahan kuah:
Santan
Gula
Garam
Daun pandan
Sagu
Jagung
Cara membuat:
- Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.
**Tip:masukkan air panas sikit lepas tu uli, kemudian masukkan lagi sikit-sikit selang seli begitu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam tu. Adunan tak jadi nanti.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat. ketepikan
- Dalam periuk masukkan air, gula, garam dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu dan jagung.
- Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan.
5.Sedia untuk dinikmati.
Kredit:Cik Dayang Zuhaila
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Jus Turunkan Kolesterol Dengan Cepat Hanya Guna Sawi & Nanas.
Kolesterol memang membahayakan kesihatan yang boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.
“Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.”
JUS TURUNKAN KOLESTEROL
BAHAN-BAHAN:
- Buah nanas
- Sawi
CARA-CARA:
- Kisar nanas dan sawi hingga menjadi jus.
2. Minum 1 kali sehari. Diamalkan setiap hari.
3. Insyaallah, akan ada perubahan atas izinNya.”
Kredit resipi & gambar: Noor Azlina