Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
JERUK MANGGA EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 plastik buah mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
2 genggam garam kasar
1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
1 kg gula
3 cawan air
2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
Ads
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
Ads
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
Ads
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Cucur udang adalah salah satu makanan yang selalu menarik perhatian. tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.
Sedapnya Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin. Pasti puas hati.
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.
Nasi sejuk jangan dibuang.Boleh buat keropok nasi.Memang mudah buat keropok
nasi ni. Ikut langkah berikut pasti menjadi.Boleh dimakan begitu sahaja atau
dimakan bersama menu gorengan.
KEROPOK NASI
Bahan-bahan:
(Blend sampai halus dengan sedikit air)
1 cawan nasi sejuk
5 ulas bawang putih
1 sudu biji ketumbar
Sedikit udang kering
*1 cawan tepung ubi
*garam
*gula
Cara membuat:
1.Campur semua bahan tadi.
2.Gaul sampai tak melekat dekat tangan.Kalau melekat tambah lagi tepung ubi.
3.Dah siap bentukkan bulat panjang macam dekat gambar.
4.Kemudian rebus sampai timbul.Bila dah timbul angkat dan toskan.
5.Sapukan dengan pewarna.Kalau tak nak letak pewarna pun boleh.
6.Dah siap.
7.Rehatkan dulu biar betul-betul sejuk.Masukkan dalam peti sejuk semalaman.
8.Dah semalaman dalam peti sejuk keluarkan. Boleh la potong nipis-nipis
Kemudian jemur dan bolehlah goreng.
Kredit : Zanisah Aliya
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!