Cara-Cara Buat Keropok Lekor Mi Segera Viral. Patutlah Ramai Cuba. Sedap Rupanya!

Share

Terasa nak makan keropok lekor panas-panas? Boleh cuba buat Keropok lekor viral ni. Guna mi segera dan tak pakai isi ikan pun! Tapi hasilnya memang macam keropok lekor ikan yang beli dekat kedai tu. Kos tak sampai RM8. Jom cuba resipi perkongsian dari Puan Zuraita Mohd Anua

ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.

 

KEROPOK LEKOR MI SEGERA VIRAL

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi segera – perisa asli atau apa-apa perasa pilihan anda
  • 1 biji telur
  • 6 sudu makan tepung ubi kayu
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Rebus mi segera hingga kembang. Kemudian toskan.

2. Masukkan mi segera tadi, perasanya, telur dan sedikit garam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.

3. Seterusnya campurkan tepung ubi dan tepung gandum.

4. Uli seketika sehingga doh tidak melekat di tangan.

5. Bahagikan doh dan uli memanjang.

6. Didihkan air dalam kuali atau periuk kemudian rebus keropok lekor tadi. Tunggu hingga keropok timbul baru diangkat.

7. Potong keropok menjadi potongan kecil.

8. Goreng hingga garing.

9. Angkat dan sedia dinikmati bersama sos pilihan.

 

Kredit resipi & foto: Zuraita Mohd Anua

 

Published by
Nur