Menerusi perkongsian saudari Khairani Binti Ismail, berliau berkongsi cara-cara membuat pulut lemang atau ketupat lemak versi homemade. Memang mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya masak guna plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas. Jom cuba!
RESIPI PULUT LEMANG / KETUPAT LEMAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – anggaran 1 kg
Secubit garam
1 keping asam gelugur
Daun pandan – disimpul
Plastik bersesuaian
1 kotak santan
Air secukupnya
Sedikit gula – ikut citarasa. Nak abaikan pun tak apa.
CARA MEMASAK:
IKLAN
1. Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan. Biarkan selama 5 jam. Jika guna beras pulut susu, rendam sekejap sahaja.
2. Isi beras pulut ke dalam plastik. Jangan letak penuh supaya bila dimasak, santan boleh meresap pada pulut.
3. Cucuk lubang pada plastik pulut tadi.
IKLAN
4. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan dan air sehingga pulut tenggelam. Tambah sedikit gula ikut citarasa masing-masing. Tutup periuk dan tunggu hingga masak.
IKLAN
5. Ketupat /lemang homemade ni dah masak bila air dah kering, santan putih-putih dan tak ada dan jadi berminyak.
6. Angkat, biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati bersama rendang.
INFO: Bila pulut hampir masak, tolak beras pulut supaya padat di dalam plastik kemudian ikat balik. ( supaya teksturnya lemak, lembut dan gebu.)
Resipi lobak putih goreng ala Sogo. Ia sejenis masakan kaum Cina, yang dipanggil “lo bak Gou”, kuih lobak putih goreng atau fried carrot cake.
Menurut En. Wan LuQman yang berkongsi resipi ini, tercetus idea untuk memasaknya kerana terimbau kenangan sewaktu dia dan isterinya menikmati makanan itu di medan selera di pusat beli belah SOGO, Kuala Lumpur. Waktu itu, pekerja yang bekerja di food court adalah staf SOGO itu sendiri.
Bahan yang perlukan tak banyak. Cuma agak banyak proses untuk memasaknya. Tambahnya lagi, lobak goreng buatannya ini mungkin tak begitu cantik, tapi rasanya…pehh!!! Tak kalah.
Bolehlah cuba resipi ini. Masak sendiri dijamin halal kerana susah nak jumpa yang dijual oleh orang Islam. Bolehlah makan sepuas hati!
Satukan semua bahan bertanda (**) dalam satu bekas. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati.
Lobak putih yang telah disagat dibasuh dan dibilas supaya hilang bau dan rasa pahit-pahit manja dia tu.
Kemudian satukan bancuhan tepung dan lobak dalam pengisar. Masukkan udang kering dan kisar sampai lumat.
Lepas tu tuang ke dalam loyang untuk dikukus selama 45minit. Lepas dah kukus, biarkan sampai sejuk. Kemudian boleh masukkan dalam peti sejuk kejap lebih kurang 30 minit.
Dah sejuk, keluarkan. Lepas itu potong dadu. (Tapi rupanya tak begitu cantik. Mungkin terlebih air ketika kukus atau masalah masa kukus tadi. Sebab kukus petak tu tak muat, dah half way kukus baru tukar loyang bulat).
Setelah itu, panaskan minyak dan goreng seketika kuih losk tadi. Kemudian alihkan ke tepi, tumis bawang putih.
Lepas itu masukkan lobak manis. Kalau guna lobak masin, pastikan korang rendam dahulu bagi hilang masinnya ye.
Pecahkan telur dan masukkan sedikit lada sulah. Gaul sekata.
Lepas tu masukkan bancuhan kicap ( semua bahan bancuhan kicap disatukan, lepas tu ceduk dalam dua sudu besar je untuk letak dalam ni. tak perlu semua takut nanti terlalu manis / masin)
Masukkan hirisan kucai. Ikutkan orang masukkan taugeh. Tak suka, tak perlu letak.
Kemudian masak dengan api kuat sampai garing. Dah siap. Ada rasa manis, masin, aroma ‘terbakar’ dan chewy daripada lobak manis tu.
Masukkan dalam pinggan dan tabur kulit ayam yang digoreng. Boleh tambah daun bawang, bijan atau bawang goreng sebagai hiasan. Terpulang. Lepas tu makan la dengan chilli oil. Lengkap! Sila cuba ye!
Resipi kuih keria keledek oren ini memang sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa. Dapat pula hidangkan hasil air tangan sendiri buat keluarga. Bahagia sangat kan?
Tak susah sangat nak buat kuih keria keledek oren ini. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Husni ini ye.
Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.
Masuk semua bahan yang lain ke dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat doh tu. Kemudian tekan dan buat lubang di tengah-tengahny, macam buat donat. Buat saiz kecil sikit supaya senang nak makan nanti.
Sudah siap, panaskan minyak, gunakan api sederhana besar ye. Gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan keemasan. Angkat dan toskan.
Untuk membuat air gula, masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat dan bertali. Tutup api.
Masuk kuih keria tadi. Gaul cepat-cepat ye bagi sira gula salut rata semua kuih keria Gaul sampai gula tadi kering dan salut elok pada kuih keria tu. Siap!
EKSTRA: Jangan tutup bekas kuih keria yang dah disira ketika masih panas. Nanti kuih jadi lembik dan gula akan cair.
Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.
BINGKA DURIAN PALING SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
3 biji telur
1 cawan isi durian
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak.
3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...