Musim durian datang lagi! Masa durian tengah banyak ni bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe dan juga Mille Crepe. Lebih istimewa resipi perkongsian saudari Murni Rahmat ni guna tepung gandum sahaja. Tak perlu campur 4-5 jenis tepung lain. Hasil crepenya memang lembut dan nipis. Jom cuba! Anda pasti suka.
RESIPI DURIAN @ MILLE CREPE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan + sesudu penuh tepung gandum
2 cawan santan
2 cawan air
1 sudu gula
Pewarna makanankuning secukupnya – boleh juga guna warna lain
3 biji telur gred A – kalau kecil, tambah lagi sebiji
Garam secukupnya
1/2 cawan minyak jagung/kelapa
Seulas durian/perisa durian
Ads
CARA- CARA:
1. Satukan semua bahan dan kisar lebih kurang 5 minit.
2. Kemudian biarkan adunan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih pada adunan hilang.
3. Panaskan kuali tak lekat ( non-stick pan) dan oles sedikit minyak menggunakan tisu.
4. Tuang satu senduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kualiu hingga dapat bentuk bulat. Pastikan betul-betul nipis. Jika tidak crepe tidak menjadi sebaliknya jadi lempeng durian.
5. Semasa masak crepe, pastikan guna api kecil. Jika guna api besar, crepe akan ada lubang-lubang halus.
6. Bahagian atas crepe / yang tak kena api akan menjadi bahagian luar kulit. Crepe ini juga tidak perlu diterbalikkan sewaktu dimasak. Anggaran masak crepe ini adalah selama 2 minit.
7. Buat hingga adunan habis.
BAHAN INTI:
Ads
Krim putar non-dairy
Durian
Susu pekat manis
CARA-CARA:
1. Gaul isi durian dengan susu. Tiada sukata Kalau suka manis, boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati. Durian ni akan jadi macam paste/jem.
2. Pukul krim putar yang sejuk sampai gebu. Kemudian sudukan krim secukupnya diatas crepe.
Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Baunya sangat harum apabila betul-betul masak , isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Jom kita semak keunikan mangga ini seperti yang dikongsikan oleh laman manggaharummanis.com
Menurut Jabatan Pertanian mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.Maknanya, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.
Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis. Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh. Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.
Gred Mangga Harumanis
Masih ramai yang keliru dengan gred mangga Harumanis. Bagaimana gred Harumanis ditentukan? Sebenarnya gred mangga Harumanis ditentukan mengikut berat buah – dalam unit gram. 1. Mangga Harumanis Gred AA atau A+ – Berat 500gm ke atas. 2. Mangga Harumanis Gred A – Berat 350gm hingga 500gm. 3. Mangga Harumanis Gred B – Berat 350gm. 4. Mangga Harumanis Gred C – Berat 350gm ke bawah.
Yang membezakan gred Harumanis hanyalah berat buah. Rasanya masih sama, atau kalau ada beza pun tidak begitu banyak.Selalunya terjadi ialah banyak buah dari Gred A dan B. Buah gred AA atau A+ pula hanya sedikit. Begitu juga buah Harumanis gred C.
Mangga Harumanis Perlis asli selalunya akan mula dijual pada penghujung bulan April sehingga lewat Jun pada setiap tahun/musim. Walau bagaimanapun, ada pihak yang menjual mangga Harumanis pada lewat bulan Mac. Keaslian buah harum manis yang dijual awal ini tidak dapat dipastikan.
Oleh itu jika anda hendak merasai keenakan buah mangga Harumanis asli, tunggu sehingga mangga Harumanis gred AA/A betul-betul berada di pasaran.
Alang-alang bercerita pasal mangga harum manis ni…Ni min kongsikan resipi pulut harum manis dari http://ringkastapisedap.blogspot.com. Memang sedap nih.
1. RESIPI PULUT HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
750gm Harumanis
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)
750 gm santan (guna santan kotak 500ml tambah air masak sampai dapat berat 750ml, kacau rata)
6 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula pasir
5 helai daun pandan
6 sudu teh tepung tepung jagung
2 sudu teh tepung beras
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA;–
Sementara mengukus pulut, sediakan santan :
1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)
2. Masukkan gula (6 sudu makan), kacau hingga gula larut)
3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.
5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kacau balik bersama pulut sehingga cukup lembut. Jangan terlebih santan.
6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.
7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.
8. Tambahkan gula (3 sudu makan) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.
9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.
Kredit foto dan resipi : ringkastapisedap.blogspot.com
2. RESIPI JUS MANGGA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
2 biji mangga harum manis
Gula secukupnya | boleh dikurangkan atau ditiadakan sebab dah ada susu
Susu pekat manis secukupnya
Ais secukupnya
Topping Jus Mangga Harum Manis:
50 gram serbuk krim putar
100 ml air sejuk (dari peti sejuk)
Susu pekat manis secukupnya
Cara Membuat Jus Mangga Harum Manis: 1 .Kupas mangga dengan pisau yang tajam ambil sebahagian untuk dipotong dadu dan sisihkan. 2. Kisar mangga dengan ais, gula dan susu pekat manis. 3. Kemudaian tuangkan ke dalam gelas. 4. Buat toppingnya: Kacau (menggunakan mixer kelajuan) serbuk krim putar dan is sampai halus. 5. Lalu picitkan krim diatas jus tadi, dan hiaskan dengan potongan mangga.
Kuih yang menjadi kegemaran ramai dikala berbuka puasa. Memang terbaik! Ketika menghasilkan kuih ini, acuan lompang perlu disapu minyak masak bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan apabila masak.
Bahan A:
1 biji telur
125gm gula kastor
250ml santan (125ml santan kotak + 125ml air)
145gm tepung gandum
Bahan B:
125ml santan
125ml air pandan (5 helai daun pandan + 125ml air. Kisar dan tapis airnya)
55gm gula halus
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit pandan emulco ( jika suka)
Bahan C:
250ml santan (125ml santan + 125ml air)
1 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Untuk bahan A, satukan gula, tepung dan santan. Kacau rata.
Masukkan telur yang dipukul dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
Bagi bahan B, satukan air pandan dan santan. Campurkan gula, tepung jagung, garam dan pandan emulco. Pukul hingga rata dan sebati.
Masak adunan hingga berkilat dan sedikit pekat dengan api sederhana.
Tuangkan adunan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Satukan kesemua bahan C dan kacau sebati. Masak sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
Tuangkan 3/4 penuh acuan lompang dengan adunan hijau.
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik dan memenuhi acuan lompang.
Susun di dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit.
Angkat dan biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang. Sedia dinikmati.
Ikan masak asam ini boleh jadi idea buat yang buntu untuk menyediakan lauk berasaskan ikan. Penyedapnya adalah rasa masam dari asam jawa yang menyatu dengan isi ikan.