Cara-Cara Buat Kulit Karipap Daun Sup. Memang Sedap & Nampak Mewah!

Share

Karipap Daun Sup ni nampak sedap, unik dan menarik. Kalau biasa anda makan karipap kulit kosong tu, kali ni boleh cuba karipap daun sup perkongsian saudari Tie Watiezz ni. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI KARIPAP DAUN SUP

 

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 senduk daun sup cincang
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

  1. Panaskan marjerin dan minyak. Setelah marjerin cair, biarkan suam.
  2. Satukan tepung, garam, daun sup dan marjerin suam tadi. Ramas supaya berderai.
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.
  4. Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit. Kemudian bolehlah mulakan proses buat karipap.

BAHAN INTI KENTANG:

  • 7 biji ubi kentang – direbus sebiji-sebiji. Jangan potong.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 sekawan (pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji kiub pati daging (optional)
  • Garam secukup rasa.
  • 1/2 cawan air
  • Daun sup secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan kemudian tumbuk/potong kasar. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.

3. Masukkan rempah kari dan air. Tunggu hingga pecah minyak sedikit anggaran 5 minit.

4. Perlahankan api, masukkan garam dan kiub pati daging.

5. Setelah rempah masak, padamkan api, buang rempah 4 sekawan.

6. Masukkan ubi kentang yang ditumbuk kasar tadi. Gaul rata bersama rempah.

7. Akhir sekali, tabur daun sup yang dicincang. 

8. Ambil doh karipap tadi dan bentukkan bulat.

9. Ambil doh, canai jangan terlalu nipis.

10. Kemudian masukkan inti dengan secukupnya. Kelim dan bentukkan menjadi karipap. 

11. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Tie Watiezz

 

Nak try buat KARIPAP DAUN SUP tapi bahan tak cukup? Tak perlu keluar rumah pun, beli je BAHAN-BAHAN BASAH secara online DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya lebih mudah. 

 

Nak lebih banyak resipi KARIPAP mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur