Suka makan popia basah? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hana Hamid. Memang mudah dan senang untuk dihasilkan. Ada juga video tutorial cara-cara nak masak kulit popia tu. Anda boleh cuba nanti.
BAHAN KULIT:
- 500gm tepung gandum.
- 450ml air
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Adun semua bahan hingga sebati menggunakan mixer. Simpan 1/2 jam.
- Ambil kuali tahan lekat, cubit doh dan oles nipis. Biar seketika hingga masak.
- Angkat dan lakukan hingga habis.
BAHAN SAMBAL:
- 1 mangkuk cili kisar.
- 2 sudu makan paste bawang @ bawang merah kisar halus
- 1 sudu makan paste bawang puteh
- 3-4 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan petis.
- 3 sudu makan gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan cili kisar, pes bawang merah dan pes bawang putih hingga garing dan keluar minyak.
- Masukkan bahan-bahan lain dan biarkan hingga betul-betul masak. Ia akan menjadikan sambal ini tahan lama walau tak simpan dalam peti sejuk.
BAHAN INTI:
- 1 biji bawang besar cincang.
- 2 ulas bawang puteh cincang.
- 2 sudu makan udang kering – rendam dan kisar kering.
- Sedikit kunyit dan garam.
- 1 biji sengkuang – potong mcm mancis.
- Sedikit lobak merah – dihiris
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang kering. Goreng seketika.
- Seterusnya masukkan sedikit serbuk kunyit, garam diikuti sengkuang dan lobak merah. Masak hingga naik wap.
- Masukkan inti ke dalam tapis dan sejukkan. Fungsi letak dalam tapis ialah untuk mengeluarkan lebihan air.
- Untuk menyediakan popia, ambil kulit dan sapukan sambal.
- Sudukan inti secukupnya dan gulung kemas. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, foto & video: Hana Hamid