
Resipi mayones ni ada macam-macam. Ada yang hanya kisar sahaja, ada yang perlu dimasak. Bagi min, resipi mayones yang masak ni lebih sedap dan tak rasa hanyir. Jom cuba. Anak-anak mesti suka.
MAYONES HOMEMADE 5 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
4 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan cuka
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas pengisar. Kisar hingga lembut dan berkrim.
2. Kemudian masak bahan kisar tadi guna kuali non-stick menggunakan api kecil.

3. Setelah mayones kelihatan kental, padam api dan biarkan sejuk.
4. Masukkan sekali lagi ke dalam pengisar dan kisar seketika.

5. Tuang ke dalam balang dan sedia untuk digunakan.
Kredit resipi & foto: Riesha Iman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Ikan Goreng Berapi. Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah

Sambal ikan goreng berapi ini memang nampak simple. Tapi sambal macam ini lah yang boleh buat kita makan nasi bertambah-tambah.
Memang simple tapi sangat membuka selera. Kalau makan dengan nasi putih panas-panas dah tak perlu lauk lain dah. Makan dengan sambal ini pun dah cukup.
Lebih-lebih lagi bagi yang jenis suka makan nasi kering-kering, tak perlu yang berkuah. Memang sambal ini pilihan tepat.
Senang nak buat sambal ni? Ye, memang senang. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas
SAMBAL IKAN GORENG BERAPI
Bahan – bahan:

2-3 ekor ikan goreng
Cili merah
Cili padi – boleh beli online di sini
Bawang Bombay –
Tomato
Belacan
Gula – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Limau kasturi – boleh beli online di sini
Minyak masak
Cara Memasak:

Mula-mula, asingkan isi ikan daripada tulang. Kemudian, tumbuk isi ikan goreng hingga lumat.
Masukkan pula cili, bawang, belacan dan tomato. Tumbuk sehingga hancur.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Panaskan minyak. Goreng sambal itu sehingga garing. Gaul dan perah limau. Siap. Makan dengan nasi panas-panas depan TV.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Belacan Mentah. Bakar Dulu Belacan Untuk Tambah Aroma
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Sambal Tumis Legend Dimasak Sampai Terbit Minyak Barulah Tahan Lama Dan Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Sambal Tumbuk Asli Sunda. Sedap & Pedas Menyengat.

Sedapnya sambal tumbuk Sunda ni. Makanan Indonesia memang terkenal dengan kepedasan serta penggunaan cili yang banyak. Sambalnya pula, perghhh..memang memukau selera dan boleh dikatakan sebagai antara sambal yang terbaik yang boleh kita cuba. Cukup rasa, penuh ciri-ciri asli yang memukau deria. Bagi yang pernah merasainya, pasti tahu penangan sambal negara seberang ni macam mana. Nak cuba? Jom lihat resipi aneka sambal perkongsian dari Restoran Cibiuk, Shah Alam.
1. SAMBAL MERAH CIBIUK

BAHAN-BAHAN :
- 20 biji cili padi merah
- 3 biji cili merah | hiris
- 4 biji bawang merah hiris
- 1 ulas bawang putih | hiris
- 1cm kencur | hiris
- 4 biji tomato | dadu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kencur bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
- Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas kurangkan cili padi dan lebihkan cili merah.
2. RESIPI SAMBAL MANGGA

BAHAN-BAHAN:
- 15 biji cili padi
- 4 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah | hiris
- 1 ulas bawang putih | hiris
- 1 cm kencur | hiris
- 4 buah tomato | dadu
- 1 biji mangga muda | parut
- Sedikit belacan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
- Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain buah mangga, anda boleh juga gunakan belimbing buluh.
3. SAMBAL LASANA

BAHAN-BAHAN:
- 15 cili padi
- 3 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm kencur
- 1 genggam daun kemangi | hiris halus
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
- Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sambal Lasana sesuai dihidangkan dengan sebagai pencicah ulam-ulaman dan lauk pauk.
Cara Masak Sos Cili Homemade Sedap Hanya Kos RM5

Sos cili adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita. Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni. Sebotol kecil, harganya dalam RM2-Rm3 ringgit lebih bergantung pada jenama. Kalau sekali guna pun dah 1/2 botol. Sekejap je habis kan. Khas untuk puan-puan yang nak jimat, resipi Sos Cili Thai homemade ni anda boleh cuba.
Hanya dengan bermodalkan RM5, puan-puan dapat menghasilkan tiga botol Sos Cili Thai ni secara homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat jimat! Bagi yang nak cuba, berikut adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Haslindawati Omar.
RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan air
- 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
- Sedikit cuka makan
- ½ cawan gula – ikut tahap kemanisan yang anda suka.
- Secubit garam
BAHAN KISAR (JANGAN TERLALU HANCUR. AGAK-AGKA SAHAJA):
- 5 biji cili merah besar – buang biji
- 4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
- 5 ulas bawang putih
- 1/3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air.
2. Masak bahan kisar tadi hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati sampai gula larut.

4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Teruskan masak sampai mendidih dan sos berkilat.

6. Siap dan sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto: Haslindawati Omar

