Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade yang sedap, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Jom cuba!

 

MEATBALL HOMEMADE SEDAP MENYENGAT

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji)
  • Bawang putih – hiris ( anggaran 2-3 ulas)
  • 3-4 sudu makan serbuk roti (beli ONLINE)
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa – jika suka

 

CARA MEMASAK:

1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.)

Cara-Cara Buat Meatball Homemade Yang Sedap & Lebih Sihat.

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.

IKLAN

Cara-Cara Buat Meatball Homemade Yang Sedap & Lebih Sihat.

3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.

4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.

Cara-Cara Buat Meatball Homemade Yang Sedap & Lebih Sihat.

5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.

Cara-Cara Buat Meatball Homemade Yang Sedap & Lebih Sihat.

IKLAN

Cara-Cara Buat Meatball Homemade Yang Sedap & Lebih Sihat.

6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.

Cara-Cara Buat Meatball Homemade Yang Sedap & Lebih Sihat.

 

Kredit resipi & foto: Nor Izzatie Mardu

 

IKLAN

Tercari-cari kuali TEFAL baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi SNEK mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Tak Tipu, Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap!

Resipi Tauhu Bergedel Sesuai Untuk Bisnes

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI