Jom cuba resipi Mi Kuning homemade ni. Sangat sesuai bagi anda yang suka mementingkan kualiti hidangan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan asli. Istimewa, tiada asid borik, kapur atau pewarna tiruan digunakan dalam pembuatan mi ini. Memang bagus untuk kesihatan. Jom cuba.
RESIPI MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
140ml-150ml bahan cecair ( terdiri dari: 1 biji telur + sedikit garam + serbuk kunyit + air biasa = timbang 140ml-150ml. Kacau rata.)
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Masukkan tepung dan air bancuhan tadi sedikitdemi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Caranya sama macam nak adun donat.
2. Bila dah siap uli, ambil sedikit doh dan canai. Leperkan dan gelek atas papan pencanai hingga nipis.
3. Kemudian ambil pisau dan potong halus. Boleh juga potong lebar. Ikut citarasa. Untuk elak tepung melekat, tabur sedikit tepung pada pisau dan papan pencanai.
4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sedikit minyak. Rebus mi tadi hingga masak.
Ads
5. Angkat dan toskan. Lumur sedikit minyak pada mi bagi elak ia melekat. Jika nak goreng terus, tidak perlu gaul dengan minyak.
Ads
6. Sedia untuk dimasak mengikut resipi & cita rasa anda.
Anak-anak cuti sekolah, ibu pasti dah ada senarai makanan yang mahu dimasak untuk mereka. Hidangan pasta antara yang menjadi kegemaran anak-anak.
Jom buat Pesto Pasta,pasta berwarna hijau yang rasa creamy, cheesy, sedap dan harum baunya sebab gunakan daun basil.Bosan juga asyik repeat pasta jenis Bolognese, Carbonara dan Aglio Oglio.Sekali buat pasti mereka nak suruh buat lagi.
PESTO PASTA
Bahan-bahan:
Spaghetti
Daun Basil
Bawang putih
Kacang Pistachio
Kacang Gajus
Unsalted butter
Whipping cream
Mozzarella cheese
Olive oil
Serbuk black pepper
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Rebus pasta dan masukkan sikit garam dan olive oil supaya pasta tak melekat.
2.Kisar bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sedikit mozzarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sedikit olive oil dan masukkan sedikit air rebusan pasta.
Kisar halus jadi begini. Kalau nak warna lebih cantik lebihkan sikit daun basil.
Panaskan unsalted butter dulu, kemudian baru masukkan bahan kisaran
5.Bila dah separuh masak boleh masukkan sikit whipping cream dan tambah lagi Mozarella cheese.
6.Gaul sebati pasta. Masak dalam masa 3-5 minit. Saya guna pasta warna gelap sikit ni dan terkurang letak daun basil.Rupa kejadian yang sempurna adalah pasta tu akan cantik warna hijau muda
Bosan dengan hidangan nasi dan lauk-pauk? Haa jom kita beralih ke menu mi pula iaitu mi rebus tulang..Sedap hingga menjilat jari taw..Selamat mencuba!
Resipi Mi Rebus Tulang
BAHAN-BAHAN
½ kg daging tetel lembu (direbus hingga lembut)
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 peket kecik taucu *
1 sudu kerisik *
2 biji keledek (direbus dan kisar)
3 batang serai dititik
2″ lengkuas dititik
½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
Cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)
Garam
Sedikit gula melaka
Kiub daging
CARA PENYEDIAAN
Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi.
Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali.
Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan.
Rasa garam dan bubuh sedikit perasa, jika suka.
Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.
Info: Untuk hiasannya, diperlukan telur rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta limau kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh mi kemudian hias dengan bahan-bahan hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.
Resipi sup siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Selamat mencuba!
KUETIAU/BIHUN/MI SUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau/ bihun/mi – dicelur
BAHAN KUAH SUP SIAM
4 ketul dada ayam
1/2 kg kaki ayam
2 inci halia – dititik
2 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
Sos tiram secukupnya
Sos sotong secukupnya
Kicap secukupnya
2 kiub pati ayam
1 kiub pati ikan bilis
Daun ketumbar & akar ketumbar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:
Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
Tauge
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.