Tengok rupa muffin coklat ni yang merekah dan naik gebu pun dah tahu rasanya sure sedap. Tenggelam gigi bila mengiggitnya. Aroma coklatnya semerbak satu dapur.
.
Jom kita ‘membaking’ gaya Azlina Ina yang dikongsikan dalam laman FB nya Azlina Ina Fans. Walaupun wanita ini sendiri adalah usahawan bakeri dan pastri tapi wanita Muslimah ini sudi berkongsi ilmu masak dan resipinya.
Boleh cuba untuk minum petang nanti,dan kalau dibuat ‘door gift’ sure laku keras. Tak kisah majlis perkahwinan, hari jadi atau apa pun. Cubalah…
MUFFIN COKLAT CHIP BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred B
1/2 cawan mentega | dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar
Sedikit esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula satukan gula,telur dan esen serta emulco
.
2. Kocak sedikit pakai whisk, kalau tak ada senduk pun boleh juga.
.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi,whisk lagi.
Ads
.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung,serbuk koko,garam,nescafe sachet yang sudah diayak terlebih dahulu, masuk perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
.
6. Adunan dan siap. Isikan dalam 1/2 cawan dalam cawan kertas. Tabur la coklat chips pilihan korang kekacang pun boleh.
7. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit, panaskan oven terlebih dahulu.
Ads
.
8. Ini foto yang dah separuh bakar.
9. Siap bakar
Dah sejuk bolehlah dibungkuskan jadikan cenderahati untuk sebarang majlis.
Rugi kalau tak pandai masak Rendang Ayam Daun Pegaga, Siput Sedut Masak Lemak dan Kari Ayam kerana semua menu sinonim dengan masyarakat Malaysia ini memang tak akan jemu makan.
Buat sendiri lagi segar masakannya, RASA kongsikan tiga menu tradisi warisan zaman yang dekat di hati kita .
1. RENDANG AYAM DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2kg ayam kampung | potong sederhana
1kg santan
3 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
5 helai daun kunyit | hiris
6 batang serai | titik
350gm daun pegaga
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
4cm kunyit hidup
3cm halia
4cm lengkuas
4 batang serai
30 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan kemudian toskan.
Masukkan ayam dalam periuk atau kuali, campurkan dengan separuh bahan kisar.
Gaul rata dan renehkan atas dapur.
Setelah ayam kecut masukkan santan, lebihan bahan kisar dan serai titik, renehkan semula.
Bila ayam empuk masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula.
Apabila kuah hampir pekat dan ayam empuk masukkan kerisik.
Kecilkan api, masukkan daun pegaga dan daun kunyit.
Biarkan mereneh beberapa minit lagi sebelum tutup api.
Rendang Ayam Daun Pegaga sedia dihidangkan.
2. SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BATANG KELADI
BAHAN-BAHAN:
2 kg siput sedut | cuci bersih
1kg santan pekat
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
3 batang serai | ketuk
350gm batang keladi | buang kulit ari
3 helai daun kunyit
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Didihkan air dalam periuk, rebus sekejap siput sendut, angkat dan toskan. 2, Seterusnya dalam periuk lain,celur batang keladi, kemudian masukkan dalam tapis dan lalukan di bawah air mengalir. Ketepikan 3. Masukkan bahan kisar, serai titik daun kunyit dan asam keping dalam periuk, tambahkan santan dan renehkan atas dapur. 4. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan siput sendut, batang keladi, gaul rata. 5. Perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Tutup api dan Gulai siput sedut sedia dihidangkan.
3. KARI AYAM UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
3 sudu makan rempah kari
5 ulas bawang merah | mayang halus
4 ulas bawang putih | mayang halus
3cm halia | mayang halus
1 tangkai daun karai | lurut dari tangkai
1 biji keledek merah | buang kulit dan potong dadu
200gm yogurt
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi. 2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam. 4. Apabila ayam empuk masukkan ubi keledek dan sedikit air. 5. Setelah mereneh masukkan yogurt, kacau lagi. 6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Tutup api, kari sedia dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
Sup ikan merah memang sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan ketika waktu hujan. Memang layan. Aroma sup ikan sahaja sudah mampu membangkit selera. Satu masalah yang dihadapi adalah bau hanyir ikan. Itu yang selalu potong selera. Tapi jangan risau, cuba ikut resipi yang dikongsi oleh PuanAzleen Abdullah ini. Hilang rasa hanyir, pinggan pun licin. Selamat mencuba!
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | dihiris
1 biji bawang holland
1 sudu besar biji ketumbar | atau guna serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil lada hitam | atau guna serbuk lada hitam
2 helai daun salam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 buntil pelaga
Tomato
Cili padi
Daun sup
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh dan lumurkan ikan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir.
2. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan semua serbuk di atas dan letakkan air secukupnya.
4. Letakkan rempah tiga sekawan iaitu 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 1 buntil pelaga.
5. Masukkan ikan merah dan biar sehingga masak. Perasakan dengan garam. Nak letak kiub ayam pun boleh.
6. Akhir sekali, letak tomato, cili padi dan daun sup. Siap!
Penggemar Nasi Goreng yang pedas dan padu, mesti cuba resipi Nasi Goreng Cili Padiperkongsian saudari Har Ryeayang sangat ringkas ni. Bahan-bahannya sangat ‘simple’ dan kebanyakannya memang sedia ada di dapur kita. Jadi, jom masak menu ini untuk keluarga. Jika ada anak kecil, mungkin boleh kurangkan bilangan cili padinya. Selamat mencuba!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.