Cara-Cara Buat Nuget Ayam Homemade. Lebih Sedap & Sihat!

Share

Anak-anak memang sukakan nuget. Oleh sebab itu snek ini lebih elok jika dibuat secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh tentukan bahan-bahan yang digunakan menjadikan ia lebih berkhasiat serta sihat untuk dinikmati. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Ismail

ni. Anda pasti sukakannya.

 

NUGET AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping isi ayam | hiris dan kisar
  • 2 biji telur
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar |optional
  • 1 sudu teh lada putih
  • 3 sudu besar tepung gandum atau breadcrumbs.
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMBUAT:

1. Gaul semua bahan dan kukus. Anggaran 1/2 masak.

2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.

3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs.

4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.

Kredit : Nor Azliza Ismail‎ 

Published by
Nur