Teringin nak makan piza homemade tetapi kurang rajin nak uli doh? Ha…Usah risau. Ada resipi mudah yang anda boleh cuba. Kosnya tidak terlalu mahal malah boleh makan puas-puas. Jika anak-anak tengok ni, pasti asyik ulang ke dapur je. Maklumlah, pizza panas-panas ni memang sedap! Inti pun boleh pelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara penghasilannya.
PIZZA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti pita
Filamen ketam
Tuna segera dalam tin
Sos Thousand Island
Keju cheddar secukupnya
Sup cendawan segera ( tiada dalam gambar)
Serbuk oregano secukupnya
Sedikit emping cili ( jika suka pedas)
1 biji bawang besar | dihiris
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti pita dan sapu cendawan krim sup cendawan dengan secukupnya.
2. Kemudian sudukan tuna. Ratakan.
3. Susun hirisan filamen ketam ( crabstick) dengan secukupnya.
4. Seterusnya, picit sos Thousand Island hingga rata.
5. Tabur hirisan keju. Lebih banyak keju digunakan, lebih sedap rasanya.
6. Tabur sedikit emping cili dan serbuk oregano.
7. Susun hirisan bawang besar.
8. Letak kepingan pizza di dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit atau sehingga keju cair dan sedikit keperangan.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurjana Mohd Ali