Popia Bunga Riben ni pastinya sesuai dijadikan kudapan suami dan anak-anak. Nak buatnya pun tidaklah susah namun sedikit renyah. Bagi ibu-ibu yang ada bahan-bahan ni dekat rumah, bolehlah cuba. Sedap!
POPIA BUNGA RIBEN
BAHAN-BAHAN:
Sosej
Kulit popia
Straw
CARA MEMASAK:
1. Potong sosej dengan saiz tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
2. Ambil straw besar ( straw cendol) dan buatkan lubang pada kepingan sosej tadi.
3. Ambil kulit popia saiz kecil dan potong dua. Lipat macam membentuk lipatan kipas.
4. Ambil sosej yang dilubangkan tadi dan masukkan kulit popia di tengahnya. Kembangkan kulit popia seperti kipas. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan bolehlah dinikmati bersama sos cili atau dimakan begitu sahaja.
Kredit resipi & foto: Zura Zul