Ramai yang suka makan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh cuba. Mudah dan pastinya anda berpuas hati dengan hasilnya. Lepas ni bolehlah buat sendiri dan tak perlu beli lagi.

 

RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP & MUDAH

Cara-Cara Buat Puding Karamel Mudah & Pasti Jadi

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur gred A
  • 3 sudu makan gula
  • Sedikit esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
  2. Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
  3. Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
  4. Ketepikan seketika.

BAHAN GULA HANGUS:

IKLAN
  • 250gm gula
  • 500ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
  2. Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
  3. Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.

CARA MEMBUAT:

  1. Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
  2. Seterusnya tuang campuraqn telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
  3. Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
  4. Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
  5. Boleh disejukkan dan dinikmati.

Cara-Cara Buat Puding Karamel Mudah & Pasti Jadi

Kredit resipi & foto: Saiful

IKLAN

 

Nak cari PENGUKUS baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

IKLAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet, Mudah Masak & Sedap.

Cara Buat Solok Lada Kukus & Solok Lada Rebus Yang Sedap & Mudah

Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI