Suka maka Roti Bun Manis? Biasa beli je kan? Apa kata lepas ni cuba hasilkan sendiri roti Bun Manis secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Zuraita Mohd Anua. Bahan-bahannya ringkas dan mudah didapati di kedai alatan bakeri. Jom cuba.
RESIPI ROTI BUN MANIS HOMEMADE
BAHAN A ( Campur semua dan tunggu kembang. Lebih kurang 10 minit):
- 200ml air suam
- 1 paket yis (11gm)
- 4 sudu makan gula
- 2 sudu makan susu pekat
BAHAN B:
- 3 1/2 cawan tepung roti
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 sudu teh bread improver (abaikan jika tiada)
- 2 sudu makan mentega/marjerin
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan B ke dalam bread maker. Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.
2. Set fungsi ‘dough’ pada bread maker. Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menikkan doh. ( anggaran 1 jam 30 minit).
3. Keluarkan adunan dari bread maker. Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin. 4. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga dimasukkan. 5. Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega. ( empunya resipi guna baking tray saiz 12×10. Untuk size tray tu, dapat 20 biji.) 6. Seterusnya biarkan doh anggaran 20-30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda. Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti. 7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah selama 10 minit. 8. Kemudian bakar pada suhu 150-160C guna api atas bawah selama 10 minit lagi. 9. Bila roti sudah masak, keluarkan dan sapu mentega di permukaan roti. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zuraita Mohd Anua