Roti yang ‘fresh baked’ memang sedap. Lembut, gebu dan wangi. Pendek kata memang layan lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas. Nak cuba buat roti secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Eiyjarn Aziean AnGah.
ROTI BAKAR BERINTI BUTTERMILK
BAHAN A:
220ml air suam
11gm yis
1 biji telur
5 sudu besar gula * Satukan air,gula dan yis. Rehatkan sampai kembang, baru masukkan telur. Gaul rata.
BAHAN B:
500gm tepung roti
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bun softener
75gm marjerin * Ramas bahan B sampai jadi seperti serbuk roti.
Ads
BAHAN INTI BUTTERMILK:
100gm mentega bergaram ( salted butter )
120gm susu tepung
2 biji kuning telur
30ml susu pekat manis
3 sudu makan penuh tepung gandum
70gm gula ising
* Pukul gula dan mentega sampai kembang. Masukan kuning telur, putar lagi. Masukan susu pekat dan susu tepung. Putar sebati. Kemudian masukan tepung. Putar lagi. Siap.
Ads
CARA MEMBUAT: 1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit semi sedikit . Gaul rata sehingga menjadi doh. 2.Uli doh sampai licin dan elastik. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik dua kali ganda. 3.Tumbuk doh yang dah kembang tadi untuk keluarkan angin. Timbang doh 30 gram setiap satu. 4.Isikan inti buttermilk ke dalam doh dan bulatkan. Susun di dalam tray,pastikan ada jarak diantara doh. Rehatkan lagi selama 30-40 minit sehingga doh kembang. 5.Bakar doh selama 20 minit menggunakan suhu 170C . Harus diingat, lain ketuhar lain suhunya. Anda perlu perhatikan agar roti anda tidak hangit. 6.Setelah roti masak, sapu mentega di atas permukaan roti yang masih panas supaya nampak licin dan berkilat. 7.Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Ads
Info chef:Bread improver dan bun softener boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan bakeri.
Penggemar Capati pasti suka dengan resipi yang satu ni. Sangat mudah disediakan serta hanya menggunakan tepung gandum dan bukan tepung atta seperti kebiasaan.
Menurut saudari Yatt Ismail, resipi ini adalah resipi yang diwarisi dari moyangnya Abdul Aziz yang diturunkan kepada keluarga. Patutlah istimewa. Bila air tangan orang dulu-dulu ni, pasti sangat enak rasanya.
Oh ya, empunya resipi juga berpesan, resipi ini sukatan yang diberi adalah anggaran sahaja kerana biasanya bila beliau masak, hanya main letak sahaja bahannya. Bagi yang nak cuba, boleh ubah suai sendiri ikut selera ya.
Capati ini boleh dinikmati bersama kari. Jika anda suka, boleh sahaja nikmatinya bersama Sambal Sardin. Jom cuba! Anda pasti suka.
RESEPI CAPATI TOK JIT. SEDAP, MUDAH & HANYA GUNA TEPUNG GANDUM
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum ke dalam besin bersama marjerin. Gaul.
2.Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
3.Seterusnya masukkan air. Uli sampai sebati dan doh yang tidak melekat di tangan.
4.Bulatkan doh sebesar saiz pau. Lakukan hingga habis adunan.
5.Ambil sebiji doh dan nipiskan atas papan canai yang telah ditabur dengan sedikit tepung gandum.
6.Bakar atas pan tanpa minyak hingga masak. Terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna.
7.Angkat dan boleh dicicah dengan kari atau sebarang kuah pilihan.
Buat anda sedang mencari menu sahur yang sedap dan mengenyangkan, Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju adalah pilihan yang paling tepat. Hanya guna roti berintikan daging keema dan keju lalu bakar. Nak mudah, boleh siapkan daging keema pada waktu malam dan esok pagi boleh terus bakar. Sebagai pelengkap, taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Memang menambat selera kerana ia tidak berminyak dan menambah keenakan dalam hidangan. Anda wajib cuba resipi ini.
BREAD CUP BERINTI DAGING KEEMA BERKEJU
Bahan-bahan:
6-8 keping roti
200gram Perfect Italiano Perfect Bakes
Anchor Unsalted Butter
Bahan-bahan B (Daging Keema):
400gram daging kisar
180gram kacang peas (dalam tin)
120gram Anchor Salted Butter
2 biji tomato – cincang
1 tangkai daun ketumbar – cincang
1 labu bawang besar – cincang
3 sudu makan garam masala
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih – kisar halus
2sm halia – kisar halus
Rempah 3 sekawan – ½ batang kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih
1 helai daun bay kering
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat daging keema; cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih kisar dan halia kisar hingga wangi. Masukkan rempah 3 sekawan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan rempah garam masala, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air lalu kacau rata. Tumis lagi hingga rempah masak.
Masukkan daging kisar, daun bay dan tomato. Didihkan hingga daging empuk.
Masukkan kacang peas dan tambah garam secukupnya. Masak hingga semua bahan masak sempurna. Tutup api dan tabur cincangan daun ketumbar. Sejukkan sebentar.
Sediakan dulang/acuan muffin. Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya dalam acuan muffin. Letak sekeping roti dalam acuan muffin, leperkan sedikit dan kemaskan kelilingnya.
Letak sesudu inti keema dalam roti. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga roti keperang-perangan. Hidangkan panas.
Menu sarapan hari ni kita buat yang anak-anak suka. Roti menjadi kesukaan mereka. Jadi untuk lebih enak, kita letakkan sosej dan cheese. Harum semerbak bila membakarnya nanti buat anak tak sabar nak makan.
ROTI SOSEJ CHEESE Bahan A 250gm tepung roti ( wajib untuk dapatkan roti yang lembut ) 35gm gula halus 5gm yis ( 1 sudu kecil ) 50gm mentega/butter 90gm air sejuk peti ais 1 biji telur Secubit garam 1 peket sosej (direbus sekejap) Mixed vege rendam dalam air panas sekejap dan tos (campur dengan sedikit mayonis) Mayonis Sos cili Cheese parmesan/mozzarella
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan A dalam bread maker/ mixer kecuali mentega 2.Bila dah sebati, baru masukkan mentega 3.Uli lagi hingga doh jadi elastik dan lembut 4.Perap sekejap dalam 30 minit. 5.Timbang setiap doh 40gm. 6.Bentukkan bulat dan canai memanjang. 7.Masukkan dalam paper cup untuk roti. 8.Bila doh dah naik sikit, baru letakkan sosej. 9.Biarkan roti naik kembang 2x ganda. 10.Bila dah kembang letakkan mixed vege. 11.Paipkan sos cili dan mayonis. 12.Taburkan cheese. 13.Sedia untuk dibakar suhu 180 selama 20-25 minit.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.