
Jika pokok kunyit anda banyak mengeluarkan hasil, jangan biarkan sahaja kerana kunyit segar ni tak tahan lama. Sayang kalau kunyit yang cantik-cantik tu dibiarkan kecut. Begitu juga jika anda ada beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak. Dari dibiarkan kering, lebih baik dijadikan serbuk kunyit. Boleh jimat belanja dapur dan puas hati dapat nikmati hasil tanaman sendiri.
CARA-CARA BUAT SERBUK KUNYIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Kunyit segar
CARA MEMBUAT:
1. Basuh kunyit bersih-bersih hingga hilang pasir dan tanah.

2. Hiris kunyit nipis-nipis dan susun dalam bekas bersesuaian. Jemur hingga kering dan garing.

3. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus.
4. Ayak serbuk kunyit 2-3 kali bagi mengasingkan serbuk halus dan juga kepingan kunyit yang tidak dikisar halus. Kepingan kunyit kasar boleh dikumpulkan dan dikisar sekali lagi supaya betul-betul halus.

5. Simpan dalam bekas bersesuaian dan boleh digunakan dalam masakan.
Kredit resipi & foto: Salmah Sal
Link asal : https://goo.gl/y5bWXh
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
2 Resipi Lauk Makan Tengahari Boleh Masak Guna Petai. Memang Sedap!

Musim petai dah kembali. Bagi para peminat ulam ni, macam-macam menu boleh masak. Antara paling sedap yang boleh anda cuba ialah dua menu RASA kongsi di bawah ni. Memang mudah & boleh pakat cuba.
1. SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 20 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
- Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
- Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
- Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Petai dikikis untuk menghilangkan rasa pahit kulit petai.
2. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
- Sedikit daun kaduk | hiris kasar
- 3 helai daun kunyit | hiris halus
- 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
- 4 batang serai | hiris halus
- 5 sudu makan tempoyak
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
- Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
- Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
- Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
- Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan cili padi.
Kreatif! Ibu Tukar Terung Bulat Jadi Burger Comel


Kreatif sungguh idea seorang ibu ni. Perkongsian daripada Noorul Izzah Marzuki, menjadikan terung bulat kepada burger terung sangat unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi burger tanpa bun roti/ burger terung ini, boleh tarik minat anak-anak juga untuk makan sayur apabila diolah jadi burger yang lebih sihat.
Malah Izzah dan suami berjaya sihatkan badan dan turunkan berat dengan amalkan menu-menu rendah karbo sebegini.

‘ROTI BUN’ TERUNG
BAHAN-BAHAN:
Terung bulat | dipotong sederhana nipis (lebih kurang saiz bun burger)
Mentega – beli online di sini
Garam pink himalaya – beli online di sini
Serbuk black pepper (optional) – beli online di sini
Tonton Dapur Rasa Live: Lasagna Lemang Kari Ayam
CARA-CARA:
Panaskan mentega atas pan, tabur sedikit garam dan serbuk blackpepper. Letakkan potongan terung bulat. Panggang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
BAHAN DAGING BURGER/BEEF
PATTY:
500g daging kisar (boleh juga guna daging ayam)
1 biji bawang besar | cincang halus – beli online di sini
Sedikit garam pink himalaya – beli online di sini
1 sudu besar serbuk black pepper (boleh kurangkan) – beli online di sini
Sedikit daun sup parsley atau daun ketumbar | diracik halus
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil rempah (saya guna mixed herbs, oregano, paprika) (optional) – beli online di sini
Sedikit shredded cheese (optional)

CARA-CARA
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata dengan tangan. Nak mudah pakai plastic hand glove. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan bulat dan leper menjadi burger yang tebal.
2. Boleh juga guna penutup balang plastik biasa untuk jadikan acuan, alaskan dengan plastic wrap. Lebih mudah nak bentuk. Rujuk gambar.

3. Panaskan pan dengan sedikit butter, masakkan daging burger dalam 5 minit bagi setiap permukaan.
4. Sentiasa dibalik-balikkan supaya masak rata, terutama jika dibentuk tebal. Boleh grill dalam oven untuk lebih mudah.
5. Boleh susun roti bun terung dan daging burger berserta salad, tomato, timun, cheese dan lain-lain.

6. Untuk mini burger, boleh gunakan terung panjang, potong pendek dan bentukkan daging burger ikut saiz potongan terung.
Kredit resipi: Noorul Izzah Marzuki
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Takut Nak Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan? Jom Ikut Petua Ini
Sedapnya Bistik Daging, Resipi Istimewa Daripada Tok Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Aneka Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Taucu. Sedap & Mudah!

Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri yang dah digoreng
- 1 inci halia – dihiris
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang holland – dihiris
- Lada besar – dihiris panjang
- Cili api
- Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
- 3 sudu makan taucu
- 6 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
- Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
- Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin
2. TAUCU PETAI

BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu tamin
- 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
5. TIMUN MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping/ gelugor
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
6. AYAM MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ketul ayam
- 3 biji bawang merah – hiris
- 3-4 ulas bawang putih – hiris
- 1cm halia – hiris halus
- 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
- 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
- Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin

