Cara-Cara Buat Seri Kaya Homemade.

Share

Seri kaya memang sedap. Waktu pagi dikala sarapan, roti sandwic yang disapu kaya ni memang antara yang paling cepat nak sedia. Namun ada yang kurang gemar sebab rasa Seri kaya yang manis. Nak cuba buat sendiri? Anda boleh ubahsuai kemanisan ikut citarasa anda.

SERI KAYA HOMEMADE

BAHAN A:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

LANGKAH:

  1. Masak gula hingga keperangan. Padamkan api.
  2. Kemudian masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula.
  3. Kacau hingga gula cair. Biarkan seketika.

BAHAN B:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam (jika kurang suka, boleh abaikan)

LANGKAH:

  1. Kisar semua bahan-bahandi atas sampai gula hancur.

BAHAN C ( DIADUN BERSAMA):

  • 1 kotak santan (200ml)
  • 2 sudu besar tepung jagung

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan bahan A ( gula karamel). Kemudian masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
  2. Seterusnya masukkan santan yang telah dicampur dengan tepung jagung.
  3. Kacau guna api pelahan hingga pekat dan berkilat. Pastikan tidak hangus.
  4. Setelah seri kaya kelihatan berkilat dan pekat, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.

Kredit resipi & foto: Imah Rahman ( Resipi Mamak Haji )

Published by
Nur