Bagi anda yang gemar makan sizzling, memang kena belajar buat hidangan ni secara homemade. Walaupun tak ada hot plate tu, pakai kuali pun boleh. Pasti lagi sedap sebab air tangan sendiri. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Fatin ni. Sesuai sangat buat sebagai juadah makan malam nanti.
SIZZLING YEE MEE
Ads
BAHAN-BAHAN:
8 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 tangkai cili kering – potong 3
Isi ayam secukupnya – potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap masin/manis
1 sudu makan lada hitam kisar
2 kiub ayam Knorr tanpa MSG
Cendawan shitake – potong
2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/2 gelas air
1 sudu makan minyak bijan
Yee mee – celur separuh masak
Sawi – celur
Telur
Gula dan garam secukup rasa
6 cawan air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, haliadan cili kering sampai naik bau.
Kemudian masukkan ayam. Goreng
Masukkan 6 cawan air atau lebihdiikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam dan kiub ayam.
Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka.
Akhir sekali, masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Siap!
Sendukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali kecik. Masuk segenggam yee mee. Biar hingga lembut. Kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi.
Sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO CHEF: Bagi yang suka pedas, boleh makan dengan cili potong.
3 Laksa Lazat Dari 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor. Cubalah Di Aidiladha Ini.
Selain lauk rendang dan sajian daging di Hari Raya Aidiladha, petangnya pula dapat ‘mengadap’ laksa hmmm memang padu. Setiap negeri ada keunikannya, kalau nak tahu apa beza dan istimewanya laksa dari 3 negeri ni , kenalah cuba kan.
Senarai bahan agak panjang, tapi murah dan senang didapati. Walaupun sedikit berbeza ramuan setiap negeri, tetapi keenakannya tetap sama .
1.LAKSA PAHANG ‘SPECIAL’
BAHAN-BAHAN :
2 paket spageti @ mi laksa | direbus masukkan sedikit garam dan tos
BAHAN A :
1kg ikan tenggiri | dibersihkan dan direbus
BAHAN B :
200 gram isi ikan masin kurau | bakar dalam kuali sebentar
BAHAN DIKISAR C :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
7.6 sm lengkuas
7.6 sm halia
25 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
(disangai sekejap dan dikisar halus):
2 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
2 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
3 cawan air
2 cawan santan cair
2 biji kelapa | ambil santan pekat
3 sudu makan kerisik
3-4 asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN ULAM :
Tauge | dicelur sebentar dalam air panas
Daun kaduk | dihiris
Daun kunyit | dihiris
Kobis | dihiris
Daun kesum | dihiris
Daun selasih | dihiris
Bawang besar | dihiris nipis
Kacang panjang | dihiris
2 biji limau kasturi | diperah
Sambal belacan | cili kering ditumbuk dengan belacan dan air sedikit
BAHAN SAMBAL BELACAN:
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
Sebesar ibu jari belacan
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau kasturi untuk perahan
Sedikit gula
CARA MEMASAK : Cara masak sambal belacan :
1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering.
2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan.
3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi Cara masak Kuah :
1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan untuk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang.
2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya
3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini.
4. Selepas ikan kurau masin dibakar dalam kuali, rendam ikan masin dalam air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini.
5. Bahan C dikisar halus.
6. Campurkan bahan A,B, C masak hingga mendidih dengan api yang perlahan.
7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu.
8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula
9. Masak lama lebih kurang 7 jam hingga pecah minyak dan kacau selalu.
10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.
INFO: Anda boleh juga menggunakan mi laksa yang biasa selain spageti. Ikan selayang juga boleh digunakan selain ikan tenggiri.
LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
BAHAN KUAH :
1500 ml santan pekat
10 ekor ikan kembong atau ikan selayang/ direbus, dibuang tulang dan kisar
4 sudu makan rempah kari ikan
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan cili boh
3 biji bawang besar /dikisar
1 labu bawang putih /dikisar
2 sm halia /dikisar
4 sm lengkuas /dikisar
Sedikit serbuk kunyit
2 sm belacan / dikisar45 gm ikan bilis /dikisar
3 sudu makan udang kering /dikisar
2 ketul gula Melaka
3 sudu makan gula
4 keping asam keping
6 gelas air (220 ml satu gelas)
LAKSA:
1 kg laksa kering
*Direbus hingga lembut dan toskan
BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)
150 gm kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
100 gm taugeh
60 gm daun kemangi/selasih
200 gm kubis (jika suka)
BAHAN SAMBAL:
100 gm cili merah
20 gm belacan /dibakar
Garam secukup rasa
*Tumbuk sekali hingga lumat
CARA MEMASAK;
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Bila agak garing masukkan santan dan air.
3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping.
4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yang dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa.
5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.
INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bagi mereka yang sukakan rasa masam dan manis yang enak.
3. LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN :
400 gm satu paket spageti
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
1 kg ikan kurau segar /direbus dan ambil isi
500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
3 keping ikan kurau masin
5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
8 keping asam gelugor
3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
1 sudu makan gula melaka
1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 sm halia
4 sm lengkuas
2 sm kunyit hidup
3 sm belacan
9 sudu makan biji ketumbar
3 sudu makan biji jintan putih
3 sudu makan jintan putih
2 biji buah keras
4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
Limau kasturi/dipotong untuk diperah
Taugeh
Daun kesum atau daun selasih
Timun
Sambal belacan
Bawang besar /dipotong bulat
Kacang panjang
Lobak asin
CARA memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2 .Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4 .Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan Perahkan limau kasturi..
INFO : Laksa Johor agak mewah ia biasanya menggunakan ikan kurau dan ikan parang sahaja dan bukannya jenis ikan lain
Japchae adalah salah satu hidangan popular dari Korea. Ia berupa mi kaca atau suhun yang dimasak dan digaul bersama sos istimewa, aneka sayur-sayuran dan juga daging. Andai biasa menonton rancangan dari Korea, pasti biasa melihat menu ini. Ada yang teringin nak rasa? Saudari Zurina Zulkefliada kongsikan resipi dan cara-cara memasaknya. Selamat mencuba!
CAMPURAN SAYUR MESTI TERDIRI DARI 5 JENIS WARNA: Hijau – pak choy atau bayam – direbus dan toskan Kuning – telur digoreng dadar Jingga – lobak merah – dihiris dan disangai Putih – Bawang Holland – dihiris dan digoreng Hitam – Cendawan shitake/ kulat hitam/ daging perap kicap
2. Campurkan kesemua sekali bahan sos hitam dan masak di atas kuali sehingga sebati.
3. Bila sudah sedia, tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang telah direbus dan gaul sebati.
4. Masukkan sayuran-sayuran dan juga hirisan telur dadar. Gaul rata.
5. Taburkan biji bijan yang telah disangai.
6. Japchae sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Kiri adalah mi kaca untuk biatt Japchae, manakala kanan adalah suhun. Dua bahan ini adalah berbeza tetapi masih boleh digunakan untuk buat Japchae.
Terasa nak maka bihun sup versi cina? Boleh cuba resipi saudari Ikin Rahman yang paling mudah & sempoi ni. Bahan yang digunakan memang ringkas dan sangat senang nak dicuba.
BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)
Bihun (celur)
Udang
Fish ball
Fish cake
Sawi jepun
Kiub pati ayam secukupnya
Bawang putih (cincang)
Cili api merah & hijau
Chili flakes
Cuka secukupnya
Kicap cair secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih cincanghingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan. 3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
Celur sawi dan juga bihun.
Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira