Jom belajar buat sos Cheesy Wedges homemade! Anak-anak anda pasti ada yang suka makan kentang goreng yang ada sos berkeju ni kan? Kalau ke restoran ayam goreng tu, mesti wajib beli. Menerusi perkongsian saudara Are Peace, beliau tunjukkan cara-cara membuat sos cheesy wedges yang boleh masak secara homemade. Memang mudah & lebih jimat. Kalau cicah dengan makanan bergoreng yang lain pun sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu cair
- 1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
- 1 kiub pati ayam – boleh juga guna 1/2 kiub sahaja
- 4 sudu makan mentega
- 6 keping keju cheddar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dan masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali bancuhan tepung gandum.
- Kacau dengan api sederhana sampai semua bahan larut dan sebati.
- Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
- Siap dan masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan hingga 1 minggu.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.
Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.
Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.
Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm ikan tenggiri
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 helai daun salam
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 cawan air masak
- 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
- Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
- Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
- Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
- Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
- Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!
1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | dibersihkan
- 6 biji limau kasturi
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
- 5 biji cili api |hiris
- 2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
- 150gm suhun | dicelur
- 200ml air
- 1 batang serai | dititik
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
- Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
- Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg perut lembu | dibersihkan
- Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris halus
- 10 biji cili padi | dihiris halus
- 3 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 biji tomato | hiris
- 2 batang serai |hiris halus
- 5cm halia | hiris tipis
- Daun kesum | dihiris halus
- 1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
- Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
- Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
- Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
- Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
- Sedia untuk dihidang.
Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yang Buat Selera Bertambah
Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
4 Resipi Pes Super Senang dan Jimat Masa. Lebih 10 Jenis Masakan Boleh Buat!
Penyediaan bahan-bahan yang telah kisar ini sangat membantu ibu-ibu dan wanita berkerja. Ia memudahkan ibu-ibu memasak tanpa duduk berjam didapur, cuba 4 resipi pes ini untuk memudahkan kerja memasak kamu!
PES PUTIH
Sesuai untuk Sup, Goreng capcai, Mi goreng, semur, Ikan stim.
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 50 gm buah keras
- 3 sudu makan lada
- 2 sudu makan garam
- 100 ml minyak goreng | untuk kisar bahan
- 100 ml minyak goreng untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam. Biar seketika, angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES MERAH
Sesuai untuk nasi goreng, sambal goreng,balado,ayam dan ikan goreng sambal, Shellout, Ayam sambal. Masak Asam Tumis, Asam Pedas, Kari, ikan dan ayam bakar.
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm cili merah
- 150 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 100 gm tomato
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan garam
- 100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
- 100 ml minyak goreng |untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus. Kecuali gula merah
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan gul merah. Tumis sebentar kemudian sejukkan
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES KUNING
Sesuai untuk buat soto, acar, pepes, gulai lemak
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm buah keras
- 150 gm bawang putih
- 300 gm bawang merah
- 50 gm kunyit hidup
- 20 gm halia
- 20 gmr lengkuas
- 2 sudu makan lada
- 2 sudu makan garam
- 100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
- 100 ml minyak goreng untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES OREN
Sesuai untuk ayam goreng, gulai, lodeh, rendang
BAHAN-BAHAN:
- 200 gm Cili merah
- 2.5 sudu makan ketumbar
- 300 gm bawang merah
- 150 gm bawang putih
- 100 gm buah keras
- 25 gm kunyit hidup
- 20 gm halia
- 20 gm lengkuas
- 2 sudu makan garam
- 100 ml minyak goreng | untuk kisar
- 100 ml minyak goreng | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak lagi seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
Kongsi resipi: Ummi Najihah