Tomato puree ni adalah salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA-CARA BUAT TOMATO PURI SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tomato masak
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.
2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.
3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.
4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.
5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.
6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri.
7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.
8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: AJ Idris
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Pes Kari, Rendang & Sambal Tumis. Jimat Masa Taklah Kalut Nanti.
Ibu-ibu berkerjaya atau yang tak cukup masa nak dok lama-lama memasak di dapur, bolehlah siapkan awal awal stok pes untuk memasak lauk pauk kegemaran famili nanti.
Ni dia min kongsikan resipi cara nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.
Kalau tetamu datang secara mengejut, pes ini sangat berguna. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis. Boleh pelbagai gunakan dengan utama seperti ayam dan daging atau pun ikan.
1. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji bawang besar *
- 10 biji bawang kecil*
- 6 ulas bawang putih*
- 5 inci halia*
- 6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
- 5 sekawan rempah
- 1 sudu halba
CARA MEMASAK :
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2.PES RENDANG
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji bawang besar
- 10 biji bawang kecil
- 6 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup(optional)
- 6 batang serai
- 2 genggam cili kering( rebus dulu )
- 2 kotak santan kecil
- Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.
CARA MEMASAK :
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji besar besar
- 2 biji bawang besar (hiris bulat)
- 5 ulas bawang putih
- 4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
- Asam jawa
- Garam, gula, perasa
CARA MEMASAK :
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Resepi asal :Puan Asrimah Bakri
Dicuba oleh: Suhaidah Ahmad
JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH MELIHAT PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.
Resipi Buat Kuah Rojak Homemade, Sedap Dimakan Dengan Buah
Buah pelam muda memang sangat sedap kalau dimakan dengan kuah rojak. Begitu juga dengan buah lain misalnya nanas, sengkuang, pelam siam, jambu atau betik. Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencecah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO
Resipi ini tahan berbulan-bulan.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
10 Resipi Petai & Jering Terbaik, Sedap Tak Ingat.
Busuk tapi sedap sampai ramai orang ketagih, itulah bahana petai dan jering. Dua jenis ulam ini bukan hanya sedap sebagai ulam tetapi enak juga dicampurkan dalam masakan. Kepada penggemarnya pasti menyukai apa sahaja menu berasaskan petai dan jering. Kalau korang nak cuba ini ada 10 menu petai dan jering yang boleh dicuba dan memberikan idea kepada korang untuk mencipta resipi baru sesuai dengan selera sendiri.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
- 1 helai daun kunyit
- 2 keping aluminium foil
- Garam dan gula secukupnya
- 1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
- 10 biji cili kering
- 5 biji cili merah
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 2 biji buah keras
- Sedikit kunyit hidup
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
- Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
- Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
- Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
- Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
- Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
GULAI LEMAK UDANG PETAI MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
- 500gm udang saiz XL | bersihkan
- 2 batang serai | titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
- 3 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 15 biji cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan petai dalam periuk bersama asam gelugor, serai, daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
- Tuangkan santan dan gaul rata.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
- Gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL HIJAU BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
- Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
- Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
- Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
SAMBAL TELUR PUYUH PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTNG PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
- Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL GORENG IKAN BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | hiris melintang
- 200gm ikan bilis | kopek
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3-4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
- Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
- Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
- Sambal sedia dihidangkan.
RENDANG BEREMPAH AYAM JERING TUA
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
- 500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
- 1 liter santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 keping asam gelugor
- 3 batang sarai | titik
- 1 helai daun kunyit | siat dan simpul
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 8 tangkai cili kering
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.
- Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
- Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.
- Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.
- Rendang sedia dihidangkan.
SEMUR DAGING JERING
BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus
- 250gm daging | rebus dan hiris nipis
- 2 helai daun salam
- 3 helai daun limau purut | carik-carikkan
- 1 batang serai | titik
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 1 sudu teh jus asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 1 batang serai
- 3 biji buah keras
- 3 biji cili merah
- 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
- Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
- Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
- Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.
- Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN
- 200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
- 200gm daging | rebus dan hiris nipis
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 2 biji buah keras
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
- Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
- Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
- Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.
- Tutup api, angkat dan hidangkan.