Bagi ibu-ibu yang bekerja, penyediaan pes serta rencah memasak yang lebih awal seperti cili kisar sangat memudahkan kerja terutamanya bila tiba bulan puasa. Nak masak sambal, asam pedas, sambal tumis dan sebagainya memang mudah jika ada cili kisar homemade ni. Malah, ia juga tahan lama dan mampu tahan berbulan-bulan. Jom buat stok! Puasa pun dah nak dekat ni.
PES CILI KISAR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam kasar secukupnya
Minyak ( jumlah bergantung kepada cili yang digunakan)
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong cili kering dan buang bijinya. Kemudian cuci dan rebus cili hingga lembut. Toskan airnya.
2. Setelah cili sejuk, kisar cili bersama air secukupnya. Campurkan juga sedikit minyak bagi menghancurkan biji cili yang tertinggal.
3. Semasa mengisar, masukkan juga bawang besar dan bawang putih.
4. Setelah bahan kisar lumat, tuang ke dalam periuk atau kuali dan masak cili tanpa menggunakan minyak.
Ads
5. Masukkan garam dengan secukupnya.
6. Sejukkan cili dan masukkan ke dalam bekas-bekas yang bersesuaian. Simpan di dalam peti sejuk beku.
7. Hasilnya, cili kisar ini mampu bertahan berbulan-bulan malah menjadikan masakan lebih sedap.
Ads
INFO: Sebaiknya simpan dalam bekas kecil supaya mudah digunakan untuk memasak.
Rasa kuah rojak beli siap di kedai dan buatan sendiri memang ketara bezanya. Kalau beli dikedai kadang terlalu pedas atau terlalu kuat bau belacan. Biasalah tak semua sesuai dengan citarasa sendiri melainkan buat sendiri kita boleh ubah rasa seperti yang kita mahukan. Resepi yang dikongsikan Ameera di Facebook ini turun temurun dari ibunya. Jom kita cuba resepi kuah rojak ini!
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*)
2. Tuangkan sebotol kicap ke dalam periuk yang sesuai dan masukkan gula kabong.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk kicap dan gula kabong dan kacau sehingga sebati di atas api yang sederhana.
4. Dah sebati kesemuanya, masukkan asam jawa, pes udang, gula, dan sos cili.
5. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air.
6. Tuangkan larutan tepung jagung tadi ke dalam kuah rojak tadi untuk memekatkan tekstur kuah.
7. Sangai biji bijan jangan sampai hangus.
8. Tutup api kuah rojak sekiranya telah mendapat kepekatan yang diinginkan.
9. Biarkan kuah sejuk baru dimakan bermasa buah buahan yang diinginkan.
10. Jika suka boleh tumbuk kasar kacang tanah yang telah digoreng ke atas kuah rojak.
Sambal kicap kalau kamu orang Johor memang wajib kena ada. Untuk penggemar tegar sambal kicap kamu perlu tahu macam mana nak simpan sambal kicap sampai tahan lama! Sambal kicap memang enak jika di makan bersama tempe goreng berempah atau apa juga jenis gorengan minum petang, memang sedap!
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. – Tim
Bahan-Bahan:
1. Cili dan kicap mesti sama ratio.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.
Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
2. Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.
3. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Kicap 1 mangkuk
Cili 1 mangkuk
Cuka atau limau
Kisar sampai halus dan masak seketika dengan api pelahan. Dah siap. Boleh simpan berbulan bulan dalam peti ais.
Tip extra.
i. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini
ii. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa
iii. Goreng layu dgn sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika
Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Melayan kerenah anak-anak bercuti sekolah, hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera. Jom tengok step by step sambal tumbuk yang dibuat. Simple, tapi nampak sedap!
SAMBAL TUMBUK
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
Cara membuat
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
OK, dah siap goreng semua bahan. Nampak sedap kan? Belum siap lagi ni. Sila ke step seterusnya.
Guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!