Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

TELUR MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Cara-Cara Buat Telur Masin Yang Sangat Mudah. Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

  • 30 biji telur itik
  • 1 cawan garam
  • 4-5 cawan air

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.

Cara-Cara Buat Telur Masin Yang Sangat Mudah. Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.

IKLAN

Cara-Cara Buat Telur Masin Yang Sangat Mudah. Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk).

IKLAN

Cara-Cara Buat Telur Masin Yang Sangat Mudah. Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).

NOTA:

  1. Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
  2. Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.

Kredit resipi & gambar: Nor Azimah Udin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI