Cara-Cara Buat Telur Sarang Yang Sedap & Menjadi. Mudah Rupanya!

Share

Telur Sarang ni nampak macam susah tapi sebenarnya mudah je nak buat. Kalau nak buat Laksa Telur Sarang homemade, elok sangatlah puan-puan cuba resipi perkongsian saudari Alia Ismail ni. Lebih kurang macam nak buat telur dadar, tapi ada teknik-tekniknya. Jom tengok!

 

RESIPI TELUR SARANG

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji telur
  • 2 ½ sudu makan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak – banyak
  • Kuali & sudip

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.
  2. Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.
  3. Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.
  4. Kecilkan api dan tunggu telur hingga garing.
  5. Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.
  6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
  7. Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.

Kredit resipi & foto: Alia Ismail

Published by
Nur