
Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap dan enak, boleh cuba resipi ala Twister KFC ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:

- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Sendiri Kacang Kuda Tumis Kari, Modal Tak Sampai 5 Ringgit

Suka makan Kacang Kuda Tumis Kari macam ni? Biasa kudapan ini boleh dibeli di pasar malam kan? Sangat sedap lebih-lebih lagi jika dimakan sambil menonton tv. Ralit dibuatnya. Tapi jika dibeli, tak puas makan. Tengah sedap menyuap, dah habis. Alahai… Jangan risau kerana saudari Atiqah Zaki ada kongsikan resipi yang boleh anda cuba. Nah… Masak sendiri lagi puas hati. Sekali buat, modal tak sampai RM5 tapi dapat banyak. Barulah puas makan.
RESIPI KACANG KUDA TUMIS KARI

BAHAN-BAHAN:
- Kacang kuda – beli online disini
- Bawang merah – hiris – beli online disini
- Bawang putih – hiris – beli online disini
- Cili kering – potong 2 atau 3 – beli online disini
- Daun kari – ikut suka nak letak berapa pelepah
- Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit) – beli online disini
- Air
- Garam
CARA MEMASAK:
1.Kacang kuda direndam semalaman kemudian rebus sampai lembut dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai kekuningan.
3.Masukkan cili kering dan daun kari. Kacau-kacau.

4.Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit kemudian masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup sekadar untuk buat salut kacang.
5.Bila sudah mendidih, masukkan garam dengan secukupnya. Kacau-kacau.
6.Masukkan kacang. Gaul sampai sebati.

7. Masak hingga puas hati kemudian tutup api dan sejukkan kacang terlebih dahulu sebelum dinikmati.

INFO: Lebih sedap kalau kacang disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan. Ia akan menyebabkan salutan meresap ke dalam kacang dan jadi lebih enak. Kalau baru masak, rasa rempah belum cukup meresap.
Jika suka, boleh letak ikan bilis sebagai penambah rasa.
Kredit resipi & foto: Atiqah Zaki
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Eh, Sedapnya Kekacang Bila Dijadikan Ramuan. Ni 5 Cara Memasaknya…

Korang tahu tak kekacang boleh jadi sajian hidangan yang enak. Selain kacang tanah kekacang seperti pistachio, badam, kacang kuda dan lain-lain memang lemak dan lazat bila dimasukkan dalam bahan ramuan.

Sajian berasaskan sumber lemak tak tepu yang kaya dengan serat, vitamin E, omega 3 yang terkandung dalam kacang memang istimewa sekali. Ikuti resipi sihat ni darin Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini
1.SKEWED CHICKEN WITH SPICY PEANUT SAUCE

BAHAN-BAHAN :
- 250gm dada ayam | dipotong dadu
- 2 biji lada benggala | dipotong dadu
- 4 batang lidi sate
Bahan perapan :
- ½ cawan madu
- 4 sudu makan kicap cair/pekat
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2.5 sm halia | dicincang halus)
- ¼ sudu teh garam
- ½ sudu teh daun parsli
- 2 sudu makan minyak zaitun
Bahan sos kacang berempah :
- 5 sudu makan mentega kacang
- 4 sudu makan air
- 1 sudu makan minyak bijan
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 ½ sudu kecil serbuk cayenne
- 1 ½ sudu teh serbuk cili
- ¼ sudu kecil gula
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan perapan, kacau sebati.
2. Gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu.
3. Perapkan selama dua jam sehingga bahan perapan sebati dengan ayam tersebut.
4. Cili benggala dipotong dadu dan dicucuk secara berselang seli dengan ayam yg diperap tadi
5. Letakkan ayam dan cili benggal yang telah dicucuk lidi sate ke atas pemanggang, dan panggang selama 15 minit.
Cara membuat sos kacang berempah :
6. Cairkan mentega kacang dengan sedikit air.
7. Campurkan minyak bijan, kicap manis dan serbuk cayenne serta serbuk cili.
8. Gaul semua bahan sehingga sebati, perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.
9. Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan :Ala sate tetapi dengan ramuan barat
Keistimewaan : Daging dipanggang dengan sos berempah ramuan barat
Anggaran kos : RM 8
Info Chef : Menu sihat menggunakan minyak zaitun dan ayam tanpa kulit. Penggunaan mentega kacang memberikan rasa yang lazat
2. STEAM SEABASS WITH JAPANESE TOFU & PISTACHIO

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
- Garam secukup rasa
- 50gm halia | dihiris halus
- Daun bawang secukupnya | dihiris halus
- 140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
- 200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Perasakan ikan siakap dengan garam.
2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya.
3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan.
4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api
6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan
7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan.
8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Stim
Jenis masakan : Ikan kukus
Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Anggaran kos : RM 13
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. CHICKEN VEGETABLE WRAP WITH PISTACHIO & CHIC PEAS

BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
Penggemar makanan organik bolehlah beli kekacang organik ini di Love Earth:
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Anggaran kos : RM 5
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
4. BEEF STEW WITH PEANUT

BAHAN-BAHAN ;
- 900gm daging dipotong kiub
- 3 sudu makan minyak masak
- 4 kiub stok daging
- 4 cawan air
- 1 sudu teh rosemary kering
- 1 sudu teh selasih /parsli kering
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 3 biji kentang saiz besar | dipotong kiub
- 4 biji lobak merah | dipotong ukuran 2.5 sm sekeping
- 4 batang saderi | dipotong 2.5 sm panjang
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 2 sudu teh kanji jagung
- 2 sudu the air sejuk
- 100gm kacang kuda | direneh dan didih
CARA MEMASAK :
1. Di dalam periuk yang besar masakkan daging di dalam minyak masak dengan kepanasan sederhana hingga perang.
2. Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Masukkan rosemary, selasih dan lada hitam serta kiub daging dan kacau rata.
3. Biarkan mendidih dan kemudian kecilkan api ,tutup dan biarkan mereneh selama sejam.
4. Masukkan kentang, lobak merah, dan bawang dan kacang kuda ke dalam periuk, Larutkan tepung jagung dengan 2 sudu teh air dan masukkan ke dalam stew daging.
5. Tutup dan biarkan mereneh lagi sejam.
6 .Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama stew daging
Keistimewaan : Stew daging berperisa dengan ramuan yang sebati meresap dalam daging
Anggaran kos : RM 40
Info Chef : Sajian ini mengandungi kacang kuda yang mempunyai kandungan serat dan boleh membantu penghadaman dan system penceranaan.
5. COCONUT ALMOND SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN :
- 1 1/4 cawan susu lemak rendah
- 1/2 cawan air kelapa
- 24 biji badam
- 1 1/2 sudu madu
- 2 sudu makan nata de coco
- 2 cawan ketulan kiub ais
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Smoothie sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Kisar
Jenis masakan : Minuman dan ‘dessert’
Keistimewaan : campuran badam , air kelapa dan susu menjadikan ia ‘dessert’ mengenyangkan
Anggaran kos : RM 8
Info Chef : Badam mengandungi lemak sihat , serat, protein , magnesium dan vitamin E . Khasiat badam dipercayai dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga gula darah.
RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim
TERIMA KASIH : TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web : http ://www.kagumas.com.my
Resipi Cekodok Pisang Gebu Guna Tepung Naik Sendiri

Bagi penggemar Cekodok Pisang @ Cucur Pisang yang gebu, saudari Sabrina Abdul Ghani ada kongsikan satu resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Sedap, rangup, lembut di dalam dan tak serap minyak. Gula tak guna banyak dan tak payah letak air dalam adunan. Guna 3 bahan je. Memang sangat-sangat senang dan tidak perlu banyak bahan untuk disediakan. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti sukakannya.
RESIPI CEKODOK PISANG GEBU GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI

BAHAN-BAHAN:
- 8 biji pisang
- 3 cawan tepung naik sendiri – beli online disini
- 3 sudu makan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Kupas pisang dan masukkan ke dalam bekas. Boleh guna apa sahaja jenis pisang yang masak.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan juga gula. Gula guna sedikit sahaja kerana pisang sudah memberikan rasa manis.

3. Lenyek hingga menjadi adunan yang sebati.
4. Panaskan minyak masak, jemputkan adunan menggunakan tangan dan masukkan ke dalam kuali. Adunan tidak perlu diperap.
5. Goreng Cekodok Pisang hingga garing dan masak.

6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Sabrina Abdul Ghani
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


