
Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Udang laut berkulit keras
- Garam
- Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak
Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah. Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat
Cara Simpan Rempah Ratus Dan Bahan Masakan Supaya Tahan Lama
Nak Masak Ikan? Ini 8 Perkara Kena Tahu Supaya Lauk Ikan Kita Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Simple, Campak-Campak Saja Tapi Rasa Tomyam Ini Memang Power

Siapa yang suka menu tomyam atau lauk ringkas, sesuai sangat buat hidangan ini. Cara masak simple, campak-campak saja tapi punyalah sedap.
Resipi tomyam simple Asmida Nor ini juga pernah viral di media sosial. Kalau buat di rumah mesti makan nasi bertambah-tambah katanya.
Cara buat tomyam ringkas tapi ‘power’
Cara membuat
- Sediakan, tomato, pes tomyam dan cili api. Kemudian kisar bahan ini bersama sedikit saja air.
2. Sediakan lobak merah, bunga kobis, batang saderi, cendawan, bawang besar, halia, limau purut dan udang.
3. Sediakan ayam yang dipotong kemudian masukkan dalam periuk, rebus sampai mendidih. Masukkan pes yang dikisar tadi.
4. Seterusnya masukkan bawang besar, daun limau purut,halia dan juga sayur-sayuran. Masukkan juga cendawan dan biarkan mendidih seketika.
5. Kemudian masukkan udang. Perah air limau nipis (sebiji) untuk rasa masam. Perasakan dengan garam, gula dan biarkan mendidih sekali lagi. Dah siap! Makan dengan telur dadar dan sambal, confirm bertambah-tambah nasi.
Sumber : Asmidanor via kongsi resipi mudah
Brader Hensem Ni Kongsi Resipi Mudah Yang Pasti Buat Anda Kecur Liur. Orang Bujang Pun Handal Masak Tau!

Tengok gambar masakan sahaja dah cukup buat kita terliur. Ha..jangan tak tahu, ini adalah hasil air tangan orang lelaki; Encik Mat Jambu Golok. Pemuda ini memang pandai memasak. Lihat sahaja akaun facebook beliau, ada macam-macam masakan yang beliau hasilkan.
Bagi sesetengah orang, hidangan ini mungkin nampak biasa tapi percayalah rasanya memang luar biasa. Malah menu ni juga mudah dihasilkan serta mampu menaikkan selera. Kombinasi rasa pedas, masam serta haruman rempah yang digunakan menjadikan hidangan ini lebih enak. Jom cuba!
Kepah Kerang Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg kepah
- 1/2 kg kerang
- 4 biji cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 4 helai daun limau purut – hiris
- 1 sudu makan pes tomyam
- 5-6 biji limau nipis – ambil jus sahaja
- 3 biji tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang timun
- Kacang tanah tumbuk secukupnya
- 1 tangkai daun pasley atau daun ketumbar – hiris kasar
- 2 batang serai – hiris
CARA MEMASAK:
- Kukus kerang dan kepah selama 5-10 minit.
- Tumbuk cili merah bersama bawang putih. Masukkan juga sedikit gula. Ia bertujuan mengelakkan air cili merecik pada mata.
- Masukkan hirisan tomato. Tumbuk sampai lumat.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Perah jus limau nipis anggaran dalam 5 biji.
- Seterusnya masukkan kacang tanah, garam dan gula secukup rasa diikuti pes tomyam. Gaul lagi hingga sekata.
- Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk serai, kepah dan kerang.
- Hiris tomato dan timun. Gaul sampai sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
13 Masakan Wajib Order Bila Makan Di Restoran Seafood Yang Anda Pun Boleh Buat Secara Homemade.

Penggemar hidangan makanan laut pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Tidak dilupakan keenakan kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa mahupun menu seharian. Pendek kata bila ke pasar, jumpa aneka makanan laut segar memang tak sah kalau tak beli. Rasa manisnya dan kesedapannya memang tak boleh digambarkan. Merecik!
Bila dah namanya minat makan seafood, pastinya dimana sahaja tempat makan sedap akan mereka kunjungi. Jika di Malaysia ni, tempat makan sebegini yang popular adalah seperti di Melaka, Tanjung Harapan, Klang, Terengganu, Sabah dan banyak lagi. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga faham-faham sahajalah. Pastinya mahal. Itu baru hidangan dalam skala kecil dan hanya 2,3 lauk sahaja. Berbeza jika anda masak sendiri di rumah. Kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya secara santai.
Teringin nak makan hidangan aneka makanan laut macam yang anda makan di restoran tu ? Jom cuba. Ada 13 resipi sedap dan pastinya terlajak enak yang boleh anda hasilkan. Percayalah, rasanya pasti lagi sedap dan tentunya tidak mengecewakan. Poket anda pun tak koyak teruk. Selamat mencuba!
1. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ kg ketam- saiz besar
- 3 sudu besar pes cili kering
- 3 ulas bawang merah-kisar
- 4 ulas bawang putih –kisar
- 2.5cm halia muda-kisar
- 1 batang serai-kisar
- 1 biji bawang besar-cincang
- ½ cawan air asam jawa
- 2 sudu besar sos cili
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
- Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
- Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
- Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.
2. SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
- 2 sudu besar pes cili kering
- 3 ulas bawang merah-kisar
- 4 ulas bawang putih –kisar
- 2.5cm halia muda-kisar
- 1 batang serai-kisar
- 1 biji bawang besar-cincang
- 1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
- Sedikit air asam jawa
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap pekat
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
- Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
- Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
- Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
- Sedia dihidang.
3. KEPAH GALIC BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kepah
- 5 ulas bawang putih-cincang
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil serbuk oregano
- Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
- Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
- Angkat dan hidangkan.
PSST…RESIPI NI PUN ANDA KENA CUBA TAU:
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Bersalut Elok. Perghhhh…Memang Layan Habis!
4. LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg lala-bersih dan tos
- 2 batang serai –kisar kasar
- 3 tangkai cili merah-kisar kasar
- 3 tangkai cili padi-kisar kasar
- 3 ulas bawang putih-kisar kasar
- 1 biji bawang besar-kisar kasar
- 3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
- 1 biji tomato-cincang
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar cuka makan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
- Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
- Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
- Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
5. UDANG LEMON HONEY BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL- bersih dan tos
- 3 sudu besar mentega
- 4 ulas bawang putih-cincang
- 1 biji bawang besar-cincang
- 2.5cm halia-hiris halus
- Sedikit parutan kulit lemon
- 1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
- 1 sudu besar jus lemon
- 2 sudu besar oren sunquick
- 1 sudu besar madu
- ½ cawan susu segar
- Garam secukupnya
KENA BACA: 5 BAHAN PENYEDAP MASAKAN WAJIB ADA DI RUMAH
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
- Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
- Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
- Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
- Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
- Akhir sekali masukkan udang.
- Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
6. KEKAPIS GORENG CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
- 15 ekor kekapis
- 1 biji cili Benggala hijau|potong dadu
- 4 ulas bawang putih|cincang
- 3cm halia|mayang halus
- 15ml sos tiram
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan kekapis, cili Benggala dan sos tiram.
- Tambah sedikit air. Masak untuk beberapa minit.
- Tambah garam, lada sulah serta lada hitam secukup rasa sebelum dihidangkan.
Info Chef: Pastikan cengkerang kekapis dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya.
7. KEPAH MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kepah
- 30gm cili kisar
- 30gm sos tomato
- 30gm sos plum
- 30gm sos cili Thai
- 4 ulas bawang putih|cincang halus
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga ia menjadi wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi selama beberapa minit. Masukkan sos cili Thai, sos tomato dan sos plum.
- Masukkan kepah dan tumis lagi beberapa minit hingga kepah masak.
- Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Kepah akan terbuka apabila sudah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna
BACA JUGA:
8. KERANG BERCILI PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 400gm isi kerang
- 10 biji cili padi|dikisar
- 5 biji cili hijau|dikisar
- 6 biji bawang merah|dikisar
- 4 ulas bawang putih|kisar
- 5ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan belacan, air asam jawa dan isi kerang. Tumis sehingga bahan masak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
Info Chef: Sebaiknya rendam seketika isi kerang untuk memastikan ia bersih dan segar.
9. KETAM MASAK TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ketam|dibersihkan
- 50gm mentega
- 6 ulas bawang putih|dicincang
- 5 biji cili padi|dipotong kecil
- 30gm cili kisar
- 15ml susu cair
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji telur masin|diambil kuningnya dan hancurkan
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah di atas ketam. Panaskan minyak kemudian goreng ketam sehingga masak. Ketepikan.
- Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi. Masukkan cili kisar, cili padi dan daun kari.
- Masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan tadi kemudian masukkan susu cair dan tambahkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ketam dan kaup-balikkan sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Penggunaan mentega menambahkan lagi rasa lemak untuk hidangan ini.
10. LALA BULUH KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm lala buluh
- 1 biji bawang besar|dikisar
- 3 ulas bawang putih|dikisar
- 30gm udang kering|dikisar
- 30gm serbuk kari
- 15ml kicap pekat
- 15ml sos tiram
- 4 tangkai cili kering|dipotong kecil
- 2 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan daun kari dan cili kering.
- Masukkan pula rempah kari dan sedikit air, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan lala buluh, tambah sedikit air dan didihkan beberapa minit.
- Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pastikan lala buluh dibersihkan di bawah air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang terlekat.
11. PEPAHAT TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm pepahat
- 5cm halia muda|mayang halus
- 4 ulas bawang putih|dicincang
- 5gm serbuk lada sulah
- 5gm sos tiram
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan pepahat, sos tiram dan serbuk lada sulah.
- Jika perlu tambah sedikit air. Tumis beberapa minit hingga pepahat masak.
- Tambah garam secukup rasa.
Info Chef: Hidangan ini tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kesegaran pepahat.
ANDA MUNGKIN BERMINAT:
12. SAMBAL TUMIS KUPANG
BAHAN-BAHAN:
- 400gm isi kupang
- 120gm cili kisar
- 6 biji bawang merah|dikisar
- 4 ulas bawang putih|dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- 15ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga masak.
- Masukkan air asam jawa, isi kupang dan bawang besar.
- Tambah sedikit air dan didihkan sambal untuk beberapa minit.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
13. UDANG GALAH BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang galah
- 150gm mentega
- 250ml susu cair
- 6 ulas bawang putih|dicincang
- 6 biji cili padi|dihiris
- 2 tangkai daun kari
- 5ml bancuhan tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang kemudian lumurkan sedikit garam dan lada sulah.
- Salut udang bersama tepung jagung kemudian goreng sehingga ia menjadi garing. Ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan cili padi dan daun kari. Tuang susu cair. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan udang yang telah digorengkan tadi lalu dikaup-balikkan sebati.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.