Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
CARA BUAT AIR REBUSAN UDANG VERSI SEDAP & JIMAT
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
IKLAN
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
IKLAN
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
IKLAN
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Bosan dengan menu berlemak dan berminyak, cuba pulak menu tomyam yang memang sedap, ringkas, mudah disediakan dan digemari ramai, sesuai sangat kalau tekak tengah tak berselera nak makaan. Untuk itu, RASA kongsikan resipi Tomyam Poktek yang popular di Thai dan memang terangkat sedapnya wei..
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | belah empat
100gm lala | bersih dan tos
250gm udang | bersih dan tos
200gm sotong | hiris bulat
1 ekor ikan kembung | siang & potong dua
1 batang seleri | hiris
1 biji tomato | belah empat
1biji bawang besar | hiris bulat
3 sm halia | titik
6-7 tangkai cili padi | titik
3 sm lengkuas | titik
3 batang serai | titik
3 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
4 helai daun limau purut
3 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar jus limau nipis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang, sup dan bawang goreng
Sedikit minyak masak
CARA MASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan cincang, kemudian masukkan air, pes tomyam, halia, lengkuas dan serai. Biarkan sehingga mereneh.
Kemudian masukkan ketam, udang dan sotong, ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan pula cili, daun limau purut, hirisan bawang besar, hirisan batang seleri, jus limau, garam dan perasa secukupnya.
Akhir sekali hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Hidangan seakan tidak lengkap tanpa masakan pedas atau bersambal. Pelbagai jenis masakan bersambal yang jadi kesukaan ramai. Sambal Udang antara yang menjadi rebutan tatkala di makan bersama nasi panas- panas. Memang sedap.
Sambal Udang
Bahan-bahan kisar:
10 biji bawang merah
Segengam ikan bilis
2 inci belacan bakar
150gm cili kisar
20 ekor udang
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang Holland (dipotong menegak) ~ utk garnishing
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
Minyak secukupnya
Cara memasak :-
1.Panaskan minyak. Tumis bawang, ikan bilis & belacan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar dan gula kabung. Kacau sehingga naik minyak (api perlahan).
3.Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
4.Biarkan sebentar sambal dan asam jawa masak sebentar.
5.Masukkan udang, bawang Holland dan daun pandan ke dalam sambal. Kacau sebentar.
Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu. Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti santan dan daun kari, serai kunyit dan lengkuas dan cili, keenakan menjadi lebih terasa seperti dalam tiga menu lauk berasaskan kari yang RASA kongsikan ini.
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan meng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas
KARI DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1 litter santan kelapa
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3cm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
Apabila daging empuk, masukkan nangka.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2cawan air asam Jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.