Bebola ayam homemade ni memang mudah nak dihasilkan. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan sihat dan berkhasiat buat keluarga.
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam ( anggaran 400gm)
Garam secukup rasa
2 sudu teh lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
PENAMBAHAN JIKA SUKA:
Lobak merah | disagat
Daun sup @ daun ketumbar | dihiris
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
Ads
2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.
Ads
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.
Ads
4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.
5. Angkat dan toskan airnya. Boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.
Terdapat pelbagai jenis snek dan makanan ringan yang dijual di pasaran. Namun semuanya bergantung pada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Jika anda dan anak-anak sukakan snek, boleh cuba resipi Granola Bar perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Mudah, sedap dan boleh kawal kandungan gula, pewarna dan tanpa pengawet . Malah ia juga lebih sihat kerana menggunakan oat dan bahan-bahan sunah seperti kismis, kekacangdan banyak lagi. Malah anda juga boleh oleh bahan-bahannya ikut citarasa masing-masing.
(semua bahan diatas dibakar sekejap di dalam ketuhar)
BAHAN LAIN:
1/2 buku buttercup – boleh juga guna mentega asli
Gula perang secukupnya – ikut kemanisan yang dikehendaki
Madu secukupnya
Secubit garam
Buah-buahan kering – dicincang atau didadu
CARA MEMASAK:
1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.
2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.
3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.
Tengok gambar pun tak terjentik urat selera nak makan. RASA kongsikan resipi daripada Azira Mamat. Resipi gulai ayam yang dimasak ini memang nampak sedap sungguh. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun sangatlah berbaloi sebab warna, rasa nak harumannya pasti membuka selera
GULAI AYAM
BAHAN KISAR
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
BAHAN LAIN
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili boh
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
Setengah ekor ayam
Sedikit air
Gula melaka secukup rasa
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.
2. Masukkan ayam dan sedikit air.
3. Masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.
4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap.
Biasa nampak orang jual tauhu bergedil ayam atau daging kan, kali ini apa kata kita ubah kepada tauhu bergedil ketam. Sedap dimakan cicah sambal kicap padu!
Resipi yang dikongsikan saudari Ana Farhana ini, nampak mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan-bahan yang mahal.
RESIPI CARA BUAT TAUHU BERGEDIL KETAM
BAHAN-BAHAN
6-7 biji kentang |potong dadu 6 batang crabstick | potong kasar 2 sudu besar bawang goreng Sedikit daun bawang | potong halus Sedikit daun sup | potong halus 1/2 sudu teh garam Sedikit serbuk lada sulah 1 paket tauhu kering
UNTUK MENGGORENG TAUHU BERGEDIL:
2 biji telur 2 sudu besar tepung jagung
UNTUK CILI KICAP:
6 ulas bawang putih 15 biji cili padi 1/3 cawan kicap pekat manis ABC 1/3 cawan kicap lemak manis
CARA-CARA:
1. Mula-mula kentang dipotong dadu kena goreng dulu sampai kuning keemasan dalam minyak panas. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian, tumbuk kentang sampai lumat. Tumbuk masa panas-panas lagi mudah nak hancur.
3. Dalam mangkuk besar, campur kentang ditumbuk, crabstick, bawang goreng, daun bawang, daun sup, garam dan lada sulah. Gaul sampai sebati.
4. Sebelum kita sediakan tauhu bergedil, tauhu kering ni kena perisikan dulu. Keluarkan isi dalam tauhu. Isi tauhu ni jangan dibuang. Boleh goreng celup telur buat cicah sambal kicap. Memang sedap dan rangup!
5. Bulatkan bergedil ketam tadi dan masukkan ke dalam tauhu.
6. Buat sampai habis semuanya. Simpan sekejap dalam peti ais untuk bagi ‘set’.
7. Sementara tunggu tauhu bergedil, kita sediakan sambal kicap. Goreng bawang putih dan cili padi sampai bawang putih nampak keemasan.
8. Kemudian kisar bawang putih, cili padi, kicap pekat manis dan kicap lemak manis dalam pengisar sampai hancur.
9. Siap dah sambal kicap! Sambal kicap ni tahan lama, simpan dalam peti ais tahan lebih seminggu.
10. Untuk menggoreng tauhu bergedil, mula-mula kita sediakan bancuhan telur. Pukul telur dalam mangkuk bersama tepung jagung. Tepung jagung ni fungsinya untuk rangupkan lagi tauhu bergedil.
11. Lepas tu, celupkan tauhu bergedil ke dalam bancuhan telur.
12. Goreng dalam minyak panas sampai tauhu nampak kuning keemasan.
13. Angkat dan toskan atas kertas tisu. Makan cicah sambal kicap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!