Cara-Cara Hasilkan Bubble Rice Choco Bar Secara Homemade.

Share

Sesekali buat coklat homemade untuk anak-anak pasti menyeronokkan. Malah kalau ada majlis hari jadi atau nak dijadikan hadiah, sesuai sangat buat Bubble Rice Choco Bar ni. Sangat mudah dan paling penting ia lebih sedap, bersih dan jimat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nenie Suehoney ni. Memang terbaik!

 

RESIPI BUBBLE RICE CHOCO BAR

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm coklat masakan ( empunya resipi guna coklat Milk Compaound)
  • 25ml minyak masak – optional. Tak letak tak apa.
  • Bubble rice secukupnya – boleh digantikan dengan kismis/kekacang

CARA MEMASAK:

1. Bakar bubble rice dalam ketuhar pada suhu 120C selama lebih kurang 10 minit hingga rangup. Angkat dan ketepikan.

2. Cairkan coklat dengan kaedah double-boil. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati.

3. Ambil acuan bersesuaian dan masukkan sedikit coklat didalamnya.

4. Kemudian tabur bubble rice. Jangan tekan. Tabur sahaja.

5. Tuang lagi coklat ke atas bubble rice

tapi hingga menutupi seluruh permukaan. Hentak-hentak sedikit acuan untuk ratakan coklat.

6. Sebelum tuang coklat, pastikan suhunya suam-suam kuku bagi mengelakkan bubble rice menjadi lemau.

7. Letak acuan coklat dalam peti sejuk di bahagian chiller seketika.

8. Bila coklat mengeras, bolehlah dikeluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Empunya resipi letak sedikit minyak dalam adunan coklat supaya apabila beku, coklat bar tadi jadi tidak terlalu keras dan rasa sedap macam coklat yang dibeli di kedai.

 

Kredit resipi & foto: Nenie Suehoney

Published by
Nur