Makanan sejuk beku memang memudahkan kerja-kerja memasak namun kandungannya adakalanya tinggi garam, mengandungi msg, lemak tepu dan sebagainya. Oleh itu, jika anak-anak suka makan kentang goreng, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri. Menerusi perkongsian Mung Ris, beliau kongsikan resipi Homemade French Fries. Rupa sebijik macam kentang sejukbeku yang dibeli tetapi lebih sihat & tentunya jimat wang!
KENTANG GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kentang
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
Air secukupnya
1 sudu makan tepung ubi kayu – untuk salut 150gm ubi kentang. Jika nak goreng banyak, gandakan jumlahnya. 1 kg kentang anggaran 7-8 sudu makan tepung ubi kayu.
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kentang dan potong mengikut saiz yang bersesuaian.
2. Rendam potong ubi kentang di dalam air yang telah dicampur dengan jus limau nipis. Rendam selama 5 minit kemudian toskan.
3. Seterusnya, didihkan air yang telah dicampur dengan 1 sudu teh garam. Rebus ubi kentang tadi selama 4 minit sahaja.
4. Angkat dan tapis ubi kentang hingga airnya kering. Biar ubi kentang sejuk.
5. Masukkan 150gm ubi kentang ke dalam bekas berpenutup dan masukkan juga 1 sudu makan tepung ubi kayu. Goncangkan hingga ubi kentang bersalut sempurna.
Ads
6. Panaskan minyak masak dan goreng ubi kentang untuk kali pertama selama 4-5 minit sahaja. Angkat dan sejukkan.
7. Jika buat dalam jumlah yang banyak, lebihan ubi kentang yang telah digoreng kali pertama ni boleh disimpan dalam bekas dan disejuk bekukan.
8. Untuk gorengan kali kedua, masukkan ubi kentang tadi dan goreng selama 2 minit. Angkat dan rehatkan selama 4 minit.
Ads
9. Untuk gorengan terakhir, masukkan ubi kentang dan goreng selama 1 minit sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng guna api besar.
Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat snekkudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Kalau beli, sikit je dapat. Nah..cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Memang sedap. Sekali buat, memang dapat banyak. Jom cuba.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
400gm kacang tanah
5 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan gula
3 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh ajinamoto
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.
5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.
7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee. Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI SOSEJ GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula halus
1 1/2 sudu makan marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam
Sosej secukupnya – potong dan celur
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.
4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.