
Bila tonton rancangan masakan luar negara, biasanya mayones yang dihasilkan mengandungi sebatian telur mentah dan minyak serta tidak dimasak. Ada sesetengah dari kita tak suka rasa yang macam tu. Macam makan telur mentah pula rasanya. Jadi, anda boleh cuba resipi perkongsian FB Assalamualaikum Hai Saya Reen ni. Mayones ni perlu dimasak terlebih dahulu. Rasanya pun sama macam yang dibeli. Anda pun pasti seronok nak mencubanya.
MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur saiz sederhana
- 1 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
- Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
- Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
- Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
- Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
- Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Assalammualaikum Hai Saya Reen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Nak Buat Tauhu Telur Homemade. Memang Menjadi!

Siapa yang suka masak guna tauhu telur atau tauhu Jepun, memang patut cuba resipi ini.
Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan tauhu telur ni. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap.
Jom kita buat sendiri dengan ikut resipi yang dikongsi Ida Alina Salleh ni. Sangat mudah, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TAUHU TELUR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur saiz besar
500ml susu soya panas (resipi soya homemade ada disertakan bawah)
5gm tepung jagung – beli online di sini
1 sudu teh garam – beli online di sini
TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Ayam Hainan | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul. Pada masa yang sama, masukkan garam dan tepung jagung ke dalam bekas soya panas. Kacau rata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Tuangkan soya tadi ke dalam bekas telur. Pukul perlahan hingga sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Kukus selama 20 minit menggunakan api perlahan. Pastikan alas tutup kukus dengan kain supaya tidak menitis.
4. Bila sudah sejuk, keluarkan tauhu dari acuan dan potong ikut saiz yang sesuai untuk masakan anda.
BAHAN UNTUK BUAT AIR SOYA:
250gm kacang soya – beli online di sini
1.8 liter air
CARA-CARA:
1. Rendam kacang soya semalaman. Kemudian kisar dengan air hingga betul-betul halus. Tuang kisaran soya ke dalam kain kasa.
2. Ambil air soya yang ditapis tadi dan masak atas api hingga merenih lembut selama beberapa minit. Jangan sampai mendidih.
3. Gunakan tapis untuk membuang buih-buih yang terbentuk di permukaan soya. Ambil 500ml susu soya ini untuk menghasilkan Tauhu Telur.
4. Lebihan susu soya boleh direbus bersama daun pandan dan gula. Ia enak diminum pada bila-bila masa.
Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah Spaghetti Bolognese, Cheezy Wedges, Garlic Bread & Mushroom Soup
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ini 4 Menu Telur Puyuh Sungguh Sedap & Luar Biasa Khasiatnya

Selain sedap sebagai makanan, telur puyuh sangat berkhasiat untuk kesihatan.Telur puyuh mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral, lemak, lutein, kolin dan banyak lagi zat yang kesemuanya baik untuk tubuh berbading telur ayam. Sudah tentu korang boleh pelbagaikan pengambilan telur puyuh dalam masakan.
.KARI TELUR PUYUH BERSAYUR:
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu telur
- 250 ml santan
- 3 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 kiub pati ayam
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm kunyit hidup
- 1 batang serai
- BAHAN SAYUR:
- 3 batang kacang panjang | hiris
- 1 biji terung panjang | hiris serong
- 1/2 batang lobak merah | potong
- 1 biji cili merah | potong 3
- 1 biji cili hijau | potong 3
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan pula pes campuran serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan santan dan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mereneh.
- Seterusnya masukkan bahan sayur dan telur puyuh yang telah dibuang kulit dan dicucuk dengan garpu.
- Setelah mendidih dan sayur empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan mereneh dan timbul minyak, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
SAMBAL MERAH TELUR PUYUH BERSAMA TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 25 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
- 1 keping tempe | potong dadu dan goreng
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1/2 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 tangkai cili kering
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah pekat dan timbul minyak, masukkan telur dan tempe.
- Gaul rata dan tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
REDANG BEREMPAH TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 25-30 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
- 200ml santan pekat
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu the serbuk jintan putih
- 3 sekawan | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2 cm lenngkuas
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah tiga sekawan bersama hirisan bawang besar hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan masukkan pes cili kering.
- Setelah garing dan timbul minyak, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
- Kacau lagi hingga bangkit aromanya, masukkan pula santan.
- Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh, gaul rata dan kecilkan api.
- Setelah timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
- Rendang sedia dihidangkan.
TELUR PUYUH BERSALUT DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji telur puyuh | rebus dan buag kulit
BAHAN DAGING:
- 250gm daging kisar
- 1/2 cawan daun parsli | cincang halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- Sedikit garam
- 2 sudu makan serbuk roti
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan daging dalam mangkuk, gaul rata hingga sebati.
- Bulat-bulatkan dan masukkan telur puyuh di dalamnya, kemudian bentukkan bulat semula menjadi bebola daging.
- Panaskan minyak, dalam kuali non stick, goreng bebola ini hingga bertukar warna keperangan.
- Setelah siap, hidangkan bersama sos cili atau sos lada hitam. Terpulang pada cita rasa.
Resipi Sambal Telur Pecah. Menu Ringkas Yang Membuka Selera

Siapa yang tidak suka menu Sambal Telur Pecah ini. Selain mudah dimasak, ia juga mempunyai rasa yang sangat enak. Tak ada lauk lain pun tidak mengapa, ada satu yang ini, ditambah dengan ulam timun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Mariana Zainal ini. Pasti makan dengan berselera.
CARA MASAK SAMBAL TELUR PECAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
7 biji telur – terpulang nak banyak mana
1/2 cawan air
1/2 sudu besar gula – beli online disini
Sedikit bahan perasa
1 1/2 sudu besar sos cili – beli online disini
Sedikit kicap manis – beli online disini
Sedikit kicap masin (jangan banyak nanti terlebih masin) – beli online disini
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering (buang biji dan rendam air panas sekejap) – beli online disini
2 biji bawang besar – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
3 senduk minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan kisar dalam kuali (jangan letak minyak dah tau). Masak hingga naik minyak dan sambal agak garing.
2. Masukan gula, bahan perasa, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Kacau sekejap dan masukkan air.
3. Biarkan mendidih seketika dan perlahankan api.
4. Guna api paling perlahan, pecahkan telur satu persatu dalam kuali.
5. Biarkan sekejap tanpa dikacau telur tu selama 3-4 minit.
6. Apabila telur kuning sudah pejal elok, terbalikkan. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.
7. Sambal Telur Pecah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Baru Puas Makan. Resipi Cendol Mudah & Sedap Untuk Berbuka
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official