Jika beli di kedai, mentega kacang versi tanpa gula ni memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Tapi usah risau kerana anda boleh hasilkan sendiri secara homemade. Menarik kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.
2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.
4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.
5. Siap untuk dinikmati.
6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
7. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Siti Iela