Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burger, sosej dan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongssian saudari Sue Faizah ni.
DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
1 sudu teh serbuk blada hitam
1 sudu teh mixed herbs
500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
Ads
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
Ads
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
Ads
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Sup tulang rusuk adalah salahs atu sup yang sedap sungguh dihirup kuahnya. Ada yang suka dicampur dengan sambal kicap. Ada yang suka plain begitu sahaja. Rasa kongsikan sup tulang rusuk yang confirm segar kuahnya.
SUP TULANG RUSUK
Sedapnya.
BAHAN-BAHAN
400 gram tulang rusuk lembu (bersihkan dan rebus ¾ empuk)
400 ml air rebusan tulang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
50 gram rempah sup
2 inci halia (hiris tebal)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan semua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Anda yang sukakan Tauhu Jepun, selain dikukus ia juga sedap digoreng kemudian tumis dengan daging kisar dan tambah cili untuk memberi sedikit rasa pedas. Untuk anda yang ingin mencuba resipi ini, berikut diserta resipinya. Anda cuba ikut dan gerenti menjadi dan anda akan puas hati dengan keenakan rasanya
TAUHU GORENG DENGAN DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
INFO : Jika anda mahu sambal daging kisar berkuah boleh tambahkan sedikit air di dalamnya.
Sedapnya Sup Daging ori Thai ni. Sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak. Malah penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland kecil
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!