Idea perkongsian saudari Nor Fatihah ini memang sangat kreatif. Dari bancuhan roti jala biasa, anda boleh hasilkan roti jala berbentuk tembikai dan lobak merah. Memang menarik. Nak makan pun terasa sayang. Sesuai juga dijadikan hantaran atau hidangan buat tetamu datang beraya. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.

 

BAHAN ROTI JALA

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna merah, oren dan hijau secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan diatas. Kacau dan tapis.

2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Adun rata.

Ads

3. Masukkan adunan ke dalam botol atau acuan roti jala.

4. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai dan biarkan masak.

Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.     Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.

5. Lipat dan gulung roti jalan seperti di bawah.

Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.

Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.

6. Sedia untuk dinikmati bersama kuah serawa ataupun kari.

Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.
Roti Jala Tembikai
Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.
Roti Jala Lobak Merah

 

KUAH SERAWA

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka
  • Gula pasir secukupnya
  • 1 helai daun pandan | disimpul
  • 1 biji telur | dipukul
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air. Bertujuan untuk memekatkan kuah.

CARA MEMASAK:

1. Satukan santan, air, gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau rata dan didihkan di atas api.

2. Kemudian masukkan telur dan garam. Kacau rata.

Ads

3. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung gandum dan air. Kacau lagi hingga kuah pekat.

4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama roti jala tadi.

Cara-Cara Hasilkan Roti Jala Tembikai & Lobak Merah.
Roti jala yang dihidangkan bersama kuah Serawa Durian

Info chef: Untuk biji tembikai, anda boleh hasilkan dengan menabur bijan hitam ataupun titiskan coklat cair diatas roti jala.

 

Kredit resipi & gambar: Nor Fatihah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI