Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang

 

Ads

CARA-CARA:

  1. Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.

Cara-Cara Hasilkan Serbuk Pati Ikan Bilis Homemade.

2. Toskan air dan sejatkan.

3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.

Cara-Cara Hasilkan Serbuk Pati Ikan Bilis Homemade.

Ads

4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.

Cara-Cara Hasilkan Serbuk Pati Ikan Bilis Homemade.

5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.

Ads

 

 

Kredit gambar & resipi: http://lobaksusue.blogspot.my/2015/10/resepi-untuk-bayi-homemade-serbuk-ikan.html

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI