Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
- Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Kredit gambar & resipi: http://lobaksusue.blogspot.my/2015/10/resepi-untuk-bayi-homemade-serbuk-ikan.html
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Liat? Tukang Masak Thai Kongsi Dua Cara Lembutkan Daging. Memang Menjadi!
Tercari-cari cara nak lembutkan daging? Maklumlah, daging yang liat ni akan melambatkan proses memasak. Kalau masak dalam kuantiti banyak, sampai berjam-jam lamanya. Penat kan? Ada dua petua untuk melembutkan daging yang dikongsi oleh saudari Mahamidah Hamdan dan saudara Nizam Tahar. Ramai yang dah cuba dan menjadi. Nanti bolehlah masak macam-macam lauk berasaskan daging dengan mudah. Memang puas hati.
PETUA 1: CARA LEMBUTKAN DAGING- PETUA DARI TUKANG MASAK THAI (GUNA AIS)
Cara ini selalu dipraktikkan bila nak masak lauk berasaskan daging seperti sup daging atau sup tulang. Memang sekejap sahaja proses memasaknya. Caranya adalah:
- Rebus daging terlebih dahulu selama 20 -30 minit.
- Masa air tengah menggelegak, masukkan ketulan ais.
- Hasilnya, sekejap sahaja daging yang dimasak jadi empuk. Kemudian bolehlah ditambah bahan-bahan rencah sup yang lain, mengikut resipi masing-masing.
Kredit petua & gambar: Nizam Tahar
PETUA 2: CARA LEMBUTKAN DAGING CARA CIKGU IDA (GUNA MINYAK MASAK)
Biasanya, bila nak melembutkan daging, orang akan rebus. Tapi petua di bawah ini berbeza kerana ia menggunakan minyak masak. Caranya ialah:
1. Masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Panaskan.
2. Masukkan daging. Air dari daging akan keluar sendiri.
3. Guna api yang kuat. Kacau sekali sekala sahaja sampai air kering.
4. Bila air hampir kering, kacau banyak kali.
5. Bila air kering, daging akan jadi lembut dan empuk. Memang mudah dan simple je.
6. Lepas tu bolehlah masak daging tersebut mengikut cita rasa anda.
Kredit petua & gambar: Mahamidah Hamdan
Dekat rumah belum ada PRESSURE COOKER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. Nanti boleh empukkan daging guna PC ni.
Nak lebih banyak resipi daging yang mudah & sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Ini Resipi Masak 1 Kilogram Daging Salai Style Asli Negeri Sembilan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Cara Mudah Redakan Perut Sebu Di Musim Perayaan
Bila tiba musim perayaan, banyak hidangan enak dimasak sempena menyambut Syawal yang mulia. Andai berkunjung ke rumah saudara mara, pasti makan macam-macam. Air, nasi, rendang, laksa, kuih muih, manisan. Semua terasa sedap. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu. Nak solat pun rasa sengkak. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.
5 CARA MUDAH REDAKAN PERUT SEBU HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI
1. AIR LEMON SUAM
Jika rasa tak selesa, minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.
2. AIR HALIA SUAM
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.
4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN
Makan dengan banyak secara sekaligus, menyebabkan perut ‘terkejut’. Sebaiknya, berbukalah dengan mengambil makan yang ringan seperti kuih, sup dan bubur terlebih dahulu dan brulah diikuti dengan hidangan yang lebih berat. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam.
5. SENAMAN RINGAN
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Mudah.
Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging, kemudian ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang
- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 4 tangkai cili kering
- 300ml air kelapa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.