Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
Ads
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Ads
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
Ads
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Cara buat kuah pecal rupanya senang saja, bagi yang ingin cuba masak kali pertama pun tiada masalah. Pasti menjadi.
Hidangan pecal ini sesuai buat mereka yang menyukai sayur-sayuran selain boleh dijadikan lauk.
Resipi pecal ini dikongsi oleh Zalina Rubin yang dipelajari daripada arwah ibu mentuanya. Mak-mak masak memanglah sedap.
Cara buat kuah pecal sedap
Bahan-bahan
1/2 kg kacang tanah
3 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Belacan besar ibu jari
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
Air panas secukupnya
Cara membuat kuah pecal
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng semua bahan hingga sedikit garing menggunakan api yang kecil. Kemudian angkat, tos dan sejukkan dulu.
2. Kemudian kisar bahan yang digoreng tadi hingga lumat. Masukkan bahan ini dalam mangkuk berisi.
3. Letak garam, gula dan serbuk perasa, sedikit air asam jawa.
4. Kemudian tuang air panas ikut kepekatan yang diingini dan gaul sebati. Boleh rasa apa yang kurang dan tambah ikut citarasa.
Hidangkan bersama sayur kangkung, pucuk ubi, tauge yang direbus bersama timun, sengkuang dan juga tauhu siap digoreng.
Boleh juga dimakan bersama nasi impit ataupun mi kuning yang dicelur.
Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng bagaikan tidak lengkap. Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging, paru ataupun lauk lain. Manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang . Manakala resipi asli sambal jawa perlu ada di dalamnya suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe. Dikongsikan resipi mudah membuatnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
-Kentang
-tempe
-pedal ayam
-tauhu
Cara memasak:
1.Gorengkan semua bahan di atas.
2. rendamkan suhun.
3. Hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.
4. Tumbuk sedikit ikan bilis.
5.Tumiskan ikan bilis dan bahan2 yg dihiris. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan suhun. Kacau2. Dan masukkan bahan yg dah digoreng tadi.
Enaknya bila menjamah masakan lauk kampung air tangan bonda sewaktu berbuka puasa. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah hidangan yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia di bulan Ramadan ini, RASA kongsikan resipi-resipi lauk kampung untuk berbukayang enak dan mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
KOLEKSI RESIPI MASAKAN LAUK KAMPUNG
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!