Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
Ads
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
Ads
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Ads
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Anak-anak suka sosej, jom buat sendiri sosej versi sihat. Alang-alang dah buat kita letak sayur-sayuran kesukaan. Yg penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan. Adunan ni boleh dapat dalam 15 batang sosej. Ikut saiz korang nak macam mana.Selamat mencuba.
SOSEJ HOMEMADE
Bahan-bahan:
500gm isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh blackpepper (option)
1 sudu chili flakes (kalau nak pedas. Kalau tak letak pun takpa)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran ikut suka (lobak merah, daun sup, mushroom)
Cream cheese (option) tak letak pun tak apa. Nak gantikan dengan cheese lain pun boleh.
Tepung ubi (agak-agak je)
*Boleh tambah / tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.
Cara membuat:
1.Kisarkan semua bahan di atas (guna food processor).
2.Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat. (Tujuan tak nak air masuk semasa merebus.
3.Rebus sampai masak. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
4.Dah siap boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.
Sedap sangat sarapan dengan roti bawang putih bersama sup cendawan. Kalau nak puas makan, eloklah cuba buat sendiri. RASA kongsikan resipi sup cendawan yang mudah nak dibuat.
SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 ulas bwg putih (dicencang halus)
8 biji cendawan butang (dicencang kecil)
1 kiub stock ayam
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sikit air)
300 ml susu cair atau susu segar
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun parsli atau oregano (tak ada pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, cendawan butang dan stock ayam.
2. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau. Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun parsli atau oregano. Siap.