Ayam panggang yang enak tidak semestinya boleh dinikmati di restoran sahaja. Jika ada resipi yang betul, menu ni anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Lebih sedap dan jimat kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Lind Razak ni!
AYAM PANGGANG ALA KENNY
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam ( berat 1kg+)
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub ayam knorr / maggi
- 2 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 senduk kecil sos black pepper
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
- 100ml air
BAHAN PERAP:
- 2 sudu makan madu (optional)
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan mixed herbs @ daun oregano
CARA MEMASAK:
1. POTONG & BERSIHKAN AYAM
- Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong.Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.
2. KISAR BAHAN
- Kisarkan semua bahan kisarseperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.
3. PERAPKAN AYAM
- Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas. Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.
- Jika nak letak ubi kentang dan lobak merah, hiris dan gaul dengan rempah. Tak perlu rebus terlebih dahulu.
4. MASAK
- Panaskan oven pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah.
- Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak.
- Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Lind Razak