Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling dituggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
RESIPI BANCUHAN SIRAP SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
Ads
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian. 6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Barli adalah antara bijirin yang bagus serta baik untuk kesihatan dan kebaikannya sudah diketahui dunia sejak berzaman lagi. Malah ia antara amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan seharusnya diikuti serta dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Barli juga merupakan bijirin yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, protein, asid amino serta vitamin dan beberapa galian yang lain. Kajian klinikal yang telah dijalankan di Australia, Kanada dan Amerika syarikat melaporkan bahawa serat barli efektif dalam membantu merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli juga amat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Selain itu, ada banyak lagi khasiat barli ni. Antaranya ialah:
1. Merawat Kencing Kotor.
Jika anda terkena kencing kotor ataupun dengan kata lainnya, jangkitan pada saluran saluran kencing, anda boleh mengamalkan minum air barli. Ini kerana barli bersifat diuretik ( mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan). Ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
2. Mengurangkan Berat Badan
Kandungan serat dalam barli membantu anda untuk rasa kenyang secara lebih lama. Oleh yang demikian, ia amat sesuai dinikmati bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Amalan meminum air barli juga dikatakan mampu memberi manfaat pada kesiahatn. Beta-glucan yang terkandung didalamnya dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Oleh itu ia dapat membantu mengelakkan masalah darah tinggi, jantung dan strok.
4. Membantu Legakan Cirit Birit
Barli sangat baik untuk kesihatan usus serta mempercepatkan proses penghadaman. Malah, jika anda mengalami masalah cirit birit, anda boleh mengamalkan pengambilan air barli bagi menstabilkan kembali kandungan bendalir dan elektrolit dalam badan.
5. Mengawal Kencing Manis
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ia dikatakan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
6. Menyejukkan Tubuh
Barli terkenal dek kerana khasiatnya serta kemampuannya yang mampu menurunkan suhu badan. Oleh itu, jika demam, anda disarankan untuk meminum air rebusan barli. Air barli juga antara minuman terbaik yang boleh menyejukkan badan. Oleh itu jika anda mengalami hari yang memenatkan serta cuaca yang panas, cubalah untuk minum air bali. Pasti anda akan rasa lebih segar.
Selain dijadikan minuman, barli juga boleh dijadikan manisan serta dimasak bersama nasi. Malah, jika anda mahukan hidangan dari barli yang lebih mengenyangkan, boleh cuba resipi Risotto Barli Keju Kacang Pis ini. Selamat mencuba!
RISOTTO BARLI KEJU KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
200gm biji barli
1 tin kecil kacang pis
750ml stok ayam
500ml air
2 biji bawang putih } cincang
1 biji bawang besar sederhana besar } potong dadu
3 sudu makan mentega
2 sudu makan daun rosemary } cincang halus
50gm keju parmesan } parut
Garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Ambil periuk dan panaskan stok ayam atau stok sayur-sayuran bersama air hingga mendidih. Setelah itu, padamkan api dan tutup periuk untuk biar ia kekal panas. Ketepikan.
Ambil sebuah kuali besar dan panaskan satu sudu makan mentega. Apabila cair, masukkan bawang yang telah dicincang hingga ia lembut dan terbit wangi. Setelah itu masukkan bawang putih dan goreng untuk seminit lagi.
Tuang barli ke dalam kuali dan masak sekitar 4-6 minit, sebelum masukkan 250ml stok ayam.
Masukkan daun rosemary yang telah dicincang. Kacau rata.
Masukkan stok ayam selebihnya sedikit demi sedikit sehingga ia meresap dan barli masak sepenuhnya. Sesekali kacau adunan dengan perlahan-lahan. Proses itu berjalan antara 30-45 minit sehingga barli masak sepenuhnya.
Setelah itu masukkan kacang pis, sedikit mentega (lebihan tadi) dan keju parmesan sejurus sebelum menutup api. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu rasa lebih enak, boleh ditambah isi udang segar ke dalam risotto.
Orang kata kalau nak buat sambal belacan, kena la ada belacan. Kalau tak, takda la nama dia sambal belacan kan. Sama juga dengan air barli viral ni. Kalau nak badan kurus bukan setakat rebus barli tu ja. Tapi kengkawan dia yang lain macam kayu manis ceylon, lemon ngan madu pun kena la ada sekali. Tak de semua bahan tu, tak wujud la air barli viral.
Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita dan kuruskan badan. Murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.
Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jer tapi kalau minum secara konsisten, badan kita boleh kurus, kulit yang kusam pun boleh jadi berseri semula, tambahan boleh anjalkan kulit secara semulajadi. Tak payah susah-susah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat!
AIR BARLI ( cantikkan kulit + kuruskan badan)
Bahan-bahan:
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu ( kalau nak manis)
*(boleh guna sukatan sendiri)
Cara-cara:
Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang.
Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.
** Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. (Kalau suka, boleh asingkan biji barli dengan air rebusan jika tak nak barli tu kembang sangat.)
** Jangan lupa panaskan sebelum minum.
Ni antara khasiat air barli ni:
Barli
kurangkan morning sickness
anjalkan kulit
sejukkan badan
banyakkan susu ibu
rendahkan kolestrol
melegakan sembelit
kuruskan badan
kencing manis
mencegah sakit jantung
arthritis
menguatkan gigi
kurangkan rambut gugur
anemia
batuk, sakit tekak, demam
mencegah kanser
mencegah batu karang
mencegah osteoporosis
masalah jerawat
mencegah kencing kotor
kencing kotor
Kayu manis ceylon
boost metabolisme badan
kurangkan kolestrol
kurangkan selera makan
lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
lancarkan period dan servis dalaman
Lemon
cuci kerak kerak lama dalam usus
bakar lemak degil
ada vit c, bagus untuk kulit
anti kanser
mengempiskan perut
Madu
tambahkan tenaga
antioxidant
mencegah kanser
pemanis semula jadi
Siapa cakap nak sihat, nak gebus, nak cantik, nak kurus kena guna modal besar. Minum jek air barli hari-hari, korang bakal lihat kulit glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.
Kolesterol memang membahayakan kesihatan yang boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.
“Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.”
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.