Dadih memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk-serbuk dadih segera yang diijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.
RESIPI DADIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar tali
- 4 liter air
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 400gm krimer coffeemate
- 4 sudu makan gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.
Kredit resipi & gambar: Jafahana Sulaiman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI